Sarjan polis maut dalam kemalangan ketika ke tempat kerja

Sarjan polis maut dalam kemalangan ketika ke tempat kerja

Sarjan polis maut dalam kemalangan ketika ke tempat kerja
Allahyarham Ishak maut selepas keretanya merempuh treler berundur ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Batu Pahat. – Foto tular

MUAR: “Arwah seorang yang sangat rajin bekerja, berdisplin, patuhi arahan,” demikian kata Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani selepas seorang anggotanya maut dalam kemalangan awal pagi tadi.

Allahyarham Sarjan Ishak Abdul Kadir, 55, anggota bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, maut selepas kereta dipandu merempuh treler berundur di Jalan Parit Kangkong, Parit Jawa, di sini ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Dalam kejadian jam 6 pagi, mangsa dalam perjalanan dari Muar ke tempat kerja di IPD Batu Pahat.

Shahrulanuar berkata, arwah cukup dikenali memandang sentiasa bergaul mesra dengan rakan setugas lain.

“Arwah rajin bertanya jika menghadapi sebarang masalah, kami kehilangan seorang angggota yang berdedikasi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihaknya menerima laporan kemalangan maut pada jam 6.30 pagi antara treler dan kereta.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati treler dipandu lelaki berusia 23 tahun sedang berundur dalam keadaan melintang di atas jalan raya.

“Pada masa sama, kereta dipandu mangsa dari arah pekan Parit Jawa menghala ke Batu Pahat gagal mengelak lalu merempuh treler terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhliz berkata, ujian nafas dan darah dijalankan terhadap pemandu treler dan didapati bebas pengaruh alkohol serta bahan terlarang.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, polis meminta sekiranya terdapat saksi melihat kejadian itu untuk menghubungi pegawai penyiasat Inspektot Siti Ayu Mohamad Japri di talian 010-7724650 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Sarjan polis maut dalam kemalangan ketika ke tempat kerja

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker