Penyamun pura-pura minta air, sebelum rentap gelang dan telefon nenek
Penyamun pura-pura minta air, sebelum rentap gelang dan telefon nenek

TEMERLOH: Niat baik seorang nenek memberikan air kepada lelaki tidak dikenali yang masuk ke rumahnya di Taman Temerloh Jaya di sini, semalam bertukar mimpi ngeri apabila dia diserang dan disamun.
Dalam kejadian jam 5 petang, mangsa berusia 78 tahun menjaga cucunya apabila suspek dipercayai lelaki tempatan berkulit gelap masuk tanpa kebenaran ke rumah teres berkenaan.
Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, berkata suspek kemudian meminta air sebelum tiba-tiba merentap gelang tangan mangsa dan turut melarikan telefon bimbit.
“Suspek turut menolak warga emas itu sehingga terjatuh sebelum melarikan diri. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami lebam dan luka kecil di pergelangan tangan serta bengkak di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, mangsa kerugian kira-kira RM1,000 dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh pada jam 8.53 malam.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Mohd Nasyim turut menasihatkan orang ramai, khususnya warga emas yang tinggal bersendirian, supaya berhati-hati dan tidak mudah membenarkan individu tidak dikenali masuk rumah.
Penyamun pura-pura minta air, sebelum rentap gelang dan telefon nenek
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.