Pegawai pemerintah dipecat gara-gara ceraikan isteri

Pegawai pemerintah dipecat gara-gara ceraikan isteri

Pegawai pemerintah dipecat gara-gara ceraikan isteri
Safitri diceraikan suaminya dua hari sebelum lelaki itu dilantik sebagai pegawai pemerintah. – Facebook

JAKARTA – Seorang pegawai pemerintah yang baru dilantik pada 17 Ogos lalu dipecat daripda jawatan itu selepas kisah peribadinya yang menceraikan isteri tular di media sosial, lapor laman berita Insiden24 hari ini.

Menurut Ketua Daerah (Bupati) Aceh Utara, Ayah Wa, pegawai berkenaan terbukti bersikap curang dan meninggalkan isteri serta kedua-dua anaknya.

Tambahnya, keputusan itu dibuat selepas menyiasat kesahihan video tular mengenai perkara tersebut di media sosial.

Dalam kenyataannya, Ayah Wa menegaskan bahawa tingkah laku pegawai itu melanggar kod etika dan tidak mencerminkan nilai yang dijunjung oleh kerajaan wilayah.

“Kami tidak bertolak ansur dengan tingkah laku yang menjatuhkan maruah dan etika pegawai kerajaan,” tegasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


 

Sebelum itu, media sosial Indonesia dihebohkan dengan pengakuan isteri pegawai berkenaan yang memberitahu bahawa dia diceraikan pada 15 Ogos lalu, dua hari sebelum suaminya dilantik sebagai pegawai pemerintah Unit Polis Perbandaran Aceh Singkil.

Wanita dikenali sebagai Safitri itu berkata, punca perceraian itu adalah kerana dia tidak memasak selepas suaminya pulang daripada bekerja.

Menurut Safitri, suaminya memarahinya kerana dia tidak menyediakan lauk untuk dimakan bersama nasi.

“Bagaimana saya mahu memasak sedangkan tiada apa-apa yang boleh dimasak di rumah. Dia tidak memberi nafkah untuk membeli barangan dapur, justeru apa yang boleh saya masak?” katanya.

Tambah Safitri, selepas mereka bertengkar, suaminya dengan segera mengemas beg pakaian lantas menceraikannya dalam sekelip mata. – AGENSI

Pegawai pemerintah dipecat gara-gara ceraikan isteri

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

 

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker