Ops Sky: Pegawai bank didakwa lagi, kali ini berdepan 104 pertuduhan rasuah
Ops Sky: Pegawai bank didakwa lagi, kali ini berdepan 104 pertuduhan rasuah

SHAH ALAM: Seorang pegawai bank dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini lagi atas 104 pertuduhan rasuah berjumlah keseluruhan RM398,100 sebagai upah membabitkan proses permohonan pembiayaan peribadi pelanggan berkait dengan kes Ops Sky.
Tertuduh, Zayme Zanee Othman, 43, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Pada 16 Oktober lalu, media melaporkan beliau didakwa atas sembilan tuduhan menerima wang berjumlah keseluruhan RM12,600 ke dalam akaun bank Maybank miliknya daripada seorang lelaki berusia 42 tahun.
Berdasarkan semua pertuduhan hari ini, Zaymee sebagai Ketua Unit Pembiayaan sebuah cawangan bank di Seri Kembangan secara rasuah menerima wang keseluruhan berjumlah RM398,100 secara pindahan atas talian ke dalam akaun bank syarikat milik isterinya daripada akaun bank seorang individu berusia 42 dan sebuah syarikat.
Ia sebagai upah membantu memproses permohonan pembiayaan pinjaman peribadi pelanggan sebuah syarikat secara serentak dengan permohonan pinjaman peribadi pelanggan di beberapa institusi kewangan lain menyebabkan pelanggan berkenaan mempunyai beberapa pinjaman peribadi melebihi had kelayakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Zayme didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah cawangan bank di Bandar Baru Bangi antara 19 November 2020 hingga 4 Oktober 2024.
Dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi.
Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin mengesyorkan jaminan berjumlah RM150,000 dengan syarat tambahan pasport diserahkan kepada simpanan mahkamah selain perlu tertuduh melaporkan diri ke Pejabat SPRM terdekat setiap bulan serta tidak berhubung dengan mana-mana saksi pendakwaan.
Peguam Arik Zakri Abdul Kadir yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah dengan alasan tertuduh mempunyai dua anak kecil berusia empat dan lima tahun selain turut menanggung ibu serta kakak yang menghidap penyakit buah pinggang.
Katanya, tertuduh juga menghidap penyakit gout kronik dan memperuntukkan RM500 sebulan untuk rawatan selain turut memberi kerjasama penuh pada siasatan SPRM.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM70,000 dengan seorang penjamin beralamat di Selangor atau Kuala Lumpur, disamping tidak boleh berhubung dengan saksi pendakwaan kes dan melaporkan diri pada minggu pertama setiap bulan bermula November ini di Ibu Pejabat SPRM.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 17 Disember ini.
Pada Februari lalu, tujuh pegawai sebuah bank terkemuka dipecat pada Januari selepas siasatan dalaman mendapati mereka terbabit dalam sindiket pinjaman didalangi syarikat perunding kewangan yang ditumpaskan SPRM melalui Ops Sky baru-baru ini.
Ops Sky dilaksanakan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM dengan kerjasama BNM.
Setakat ini sekurang-kurangnya 27 individu termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan serta seorang orang awam ditahan bagi membantu siasatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.