Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur [VIDEO]
“Meletup Kalau Dia Jadi DJ”
Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur [VIDEO]
![Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/10/Vevo-22-750x422-1.webp)
Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Leona yang menghadiri ujibakat pencarian bakat penyampai radio yang baharu. Leona dengan bersahaja tampil dan melalui ujibakat tersebut dengan penuh tawa dari pihak krew yang terlibat.
@era.je @kasihirisleona pun datang audition terbuka #PenyampaiBaruERA 😂 Dia nak join 3PE jadi 4PE terus!! Gelak besar @radin_era bila dengar!! #ERARadioNo1PalingLegit
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mnegatakan bahawa jika Leona menjadi penyampai radio tersebut pasti bertambah ramai yang akan mendengarkannya.
“dia macam aku anak orang kaya tapi nak keje ni hahaha”
“tolonglah amik leona ni, hahaah confirm aku akan dengar era lepasni”
“tengok dia berjalan je dah kelakar”
“bagus dia, kan bangun subuh mesti bolehlah bangun pagi hahaha jawapan deep”
“rating naik ohhh kalau dia join radio ni”
“juri pulak disuruh sedia hahahaha berdekah aku”
“kalau dia diambil jadi dj memang pagi pagi aku akan buka radio dengar”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
![Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur [VIDEO]](https://mykmu.net/wp-content/uploads/2025/10/Untitled-design-25-1140x641-2.webp)
Siapa yang tidak kenal dengan Kasih Iris Leona yang merupakan anak kepada Azhar bin Sulaiman yang merupakan seorang pelakon, pengacara, arkitek dan pereka di Malaysia. Azhar Sulaiman mendapat pendidikan di Universiti Teknologi Mara dan Universiti of Newcastle upon Tyne di United Kingdom dalam dan Ijazah Sarjana Muda Seni bina.
Azhar Sulaiman memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon pada tahun 1989 serta perjalanan kerjayanya berjalan serentak semasa dia masih menuntut di ITM manjung. Kemudian Azhar Sulaiman memasuki Hero Remaja 1990/1991 dan mendapat tempat ketiga sekaligus menjadikan dia dikenali ramai.
Kasih Iris Leona merupakan pempengaruh yang semakin dikenali di Malaysia, setiap perkataan ataupun video darinya pasti akan tular di semua platform media sosial di Malaysia.
Leona Sertai Ujibakat Penyampai Radio, Buatkan Netizen Terhibur [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.