Lelaki Bangladesh mati dijerut, suspek dan lima lelaki ditahan
Lelaki Bangladesh mati dijerut, suspek dan lima lelaki ditahan

KUALA LUMPUR: Lelaki Rohingya yang dipercayai menolak rakannya hingga menyebabkan kematian dalam kejadian di Persiaran Ara Kiri, Bangsar di sini, kelmarin direman tujuh hari.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, lelaki warga Myanmar berusia 27 tahun yang ditahan semalam direman bermula hari ini hingga 29 Oktober ini.
Beliau berkata, ia bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, setakat ini tiga saksi sudah dirakam percakapan membabitkan pengadu, anggota bilik gerakan (DCC) dan doktor yang melakukan bedah siasat serta rakaman saksi bebas lain dalam tindakan.
“Ujian awal saringan air kencing yang dijalankan terhadap suspek mendapati dia negatif dadah,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Beliau berkata, bedah siasat yang dilakukan di Jabatan Patologi Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), semalam mendapati punca kematian mangsa adalah kerana hentaman tumpul di belakang kepala dan pendarahan otak.
Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki warga asing yang juga gelandangan ditemui mati dengan luka di kepala selepas ditolak rakannya ke dalam saluran air di sini, semalam.
Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang juga gelandangan, kelmarin.
Lelaki Bangladesh mati dijerut, suspek dan lima lelaki ditahan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.