Jalan licin dipercayai punca kereta e-hailing terbabas, gadis 19 tahun maut
Jalan licin dipercayai punca kereta e-hailing terbabas, gadis 19 tahun maut
KUALA LUMPUR: Keadaan jalan basah dipercayai menjadi punca kemalangan membabitkan penumpang kereta e-hailing maut di Kilometer 28.7 Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bandar Kinrara, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, kereta Perodua Bezza yang dipandu lelaki berusia 49 tahun dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang besi di kiri jalan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata penumpang perempuan berusia 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.
“Seorang lagi penumpang lelaki berusia 21 tahun yang juga abang kepada mangsa mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital.
“Pemandu e-hailing turut cedera ringan dan menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kenderaan berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dipercayai akibat jalan licin selepas hujan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Inspektor Mohd Faizul Ahmad Suhaimi di talian 019-4757385 bagi membantu siasatan,” katanya.
Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, dilaporkan berkata anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.15 malam bagi membantu mengeluarkan mangsa.
Jalan licin dipercayai punca kereta e-hailing terbabas, gadis 19 tahun maut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

You must be logged in to post a comment.