Dyche rai debut kemenangan bersama Forest

Dyche rai debut kemenangan bersama Forest

Dyche rai debut kemenangan bersama Forest
PEMAIN Nottingham Forest, Morgan Gibbs-White (tengah) meraikan kejayaan menjaringkan gol pembukaan. -FOTO AFP

Nottingham: Pengendali baharu Nottingham Forest, Sean Dyche, nyata gembira dengan reaksi positif anak buahnya selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas Porto dalam saingan Liga Europa, awal pagi tadi namun tetap mengingatkan bahawa masih banyak kerja perlu dilakukan.

Dyche hanya sempat bersama pemain selama dua hari selepas menggantikan Ange Postecoglou yang dipecat Selasa lalu, namun berjaya melakukan sesuatu yang gagal dicapai pendahulunya sepanjang 39 hari memegang jawatan apabila bejaya mengembalikan kemenangan.

Skuad Forest kali terakhir menang ialah pada hari pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) Ogos lalu ketika dibimbing Nuno Espirito Santo, sebelum melalui 10 perlawanan tanpa kemenangan, termasuk lapan di bawah kendalian Postecoglou.

“Pemain sudah melalui pelbagai cabaran, begitu juga penyokong. Jadi untuk memberi sedikit kegembiraan kepada mereka, ia amat bermakna.

“Saya hanya bersama mereka dua hari dan mereka cepat menyesuaikan diri. Ini permulaan masih banyak lagi yang perlu dilakukan, tapi ia satu permulaan yang baik,” kata Dyche selepas kemenangan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Tidak seperti Postecoglou yang tegas dengan falsafah bola sepak menyerang, Dyche tampil lebih pragmatik, dengan pendekatan berasaskan hasil.

“Saya bukan nak jadi idealis. Saya mahu bermain dengan hantaran jauh dan meregangkan pasukan lawan.

“Itu beri lebih ruang untuk bermain. Kami berjaya menambah gol kedua untuk menamatkan perlawanan dengan selesa,” katanya.

Pengendali berusia 53 tahun itu turut berpuas hati melihat pasukannya mencatat rekod tanpa bolos buat kali pertama sejak 1 April lalu.

“Untuk meraih kemenangan dengan ‘clean sheet’, di depan penyokong sendiri, dan beri mereka sedikit keyakinan semula itu sesuatu yang hebat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


“Susunan pasukan baik dan kami berjaya mengekalkannya sambil cuba menyerang. Kami perlu seimbang dan akan jadi lebih cergas serta tajam. Ia ambil masa.”

“Saya beritahu pemain, ini baru langkah pertama dan masih banyak kerja perlu dibuat. Kami kena terus bina momentum, jangan rasa semuanya dah selesai. Ini satu perjalanan dan ia permulaan yang positif,” ujar Dyche.

Forest kini berada di tangga ke-18 EPL dengan lima mata dan bakal menentang Bournemouth, yang menghuni tempat ketiga, Ahad ini dalam misi keluar dari zon penyingkiran.

Dyche rai debut kemenangan bersama Forest

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker