Bayi 11 bulan maut dalam pangkuan ibu selepas kereta langgar lembu

Bayi 11 bulan maut dalam pangkuan ibu selepas kereta langgar lembu

Bayi 11 bulan maut dalam pangkuan ibu selepas kereta langgar lembu
Dua lembu mati selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Bezza di Kilometer 49 Jalan Kerayong–Simpang Kepayang, malam tadi. Dalam kejadian itu, seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut, manakala ibunya cedera. — Foto PDRM

BERA: Seorang bayi perempuan berusia 11 bulan maut dalam pangkuan ibunya selepas kereta dinaiki keluarga itu terbabas akibat merempuh sekumpulan lembu di Kilometer 49 Jalan Kerayong–Simpang Kepayang, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 9.40 malam, mangsa Nur Adriana Amira Mohamad Norismail, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Bandar 32 akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkiflee Nazir, berkata kereta Perodua Bezza dipandu bapa mangsa, Mohamad Norismail Sani , 22, bersama isterinya, Nik Nur Aini Azierah Che Azeman, 21, dalam perjalanan dari arah Kepayang menuju ke Kerayong untuk membeli susu anak mereka.

“Siasatan awal mendapati ketika tiba di lokasi, sekumpulan lembu tiba-tiba keluar dari arah kiri ke kanan jalan menyebabkan pemandu hilang kawalan sebelum melanggar haiwan berkenaan dan terbabas ke bahu jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bayi berkenaan masih berada dalam pangkuan ibunya ketika kejadian dan tidak tercampak keluar daripada kenderaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“Dua daripada tiga lembu yang dilanggar mati di tempat kejadian manakala seekor lagi cedera,” katanya.

Zulkiflee berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kecuaian pemandu yang gagal mengawal kenderaan ketika melalui kawasan berkenaan.

“Pihak polis bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bera turut mengadakan operasi menangani masalah lembu dan kerbau berkeliaran di jalan raya pada malam sama, namun kejadian berlaku lebih awal sebelum operasi bermula,” katanya.

Bayi 11 bulan maut dalam pangkuan ibu selepas kereta langgar lembu

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker