Angelina raih emas, status ‘neutral’ terus dipertikai
Angelina raih emas, status ‘neutral’ terus dipertikai

Jakarta: Gimnas Rusia, Angelina Melnikova, meraih pingat emas acara all around wanita di Kejohanan Gimnastik Dunia 2025, namun kejayaannya terus dibayangi kontroversi susulan status penyertaannya sebagai atlet neutral.
Angelina, 25, yang turut menjuarai edisi 2021, kembali beraksi di pentas dunia selepas lebih tiga tahun digantung, apabila atlet Rusia dilarang bertanding susulan pencerobohan Ukraine.
Dia dibenarkan bertanding semula pada Mac lalu di bawah bendera neutral, namun Ukraine mempersoalkan statusnya, mendakwa Angelina mempunyai hubungan dengan kerajaan Rusia.
Ketiadaan dua bintang besar, Simone Biles dari Amerika Syarikat (AS) dan Rebeca Andrade dari Brazil yang berehat selepas Olimpik Paris 2024, membuka laluan buat Angelina untuk kembali bergaya apabila menewaskan wakil AS, Leanne Wong, dan gimnas China, Zhang Qingying, bagi meraih emas.
Angelina sebelum ini pernah dinobatkan sebagai juara dunia all around 2021, hanya beberapa bulan selepas membantu Rusia meraih emas berpasukan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Awal tahun ini, Persekutuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) membenarkan atlet Rusia kembali bertanding dengan syarat ketat, termasuk tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan Rusia serta tidak menyokong pencerobohan Ukraine.
Namun Ukraine tetap membantah kehadiran mereka; malah pada September lalu, pasukan Ukraine menarik diri daripada kejohanan di Paris sebagai tanda protes.
Kontroversi terhadap Angelina semakin memuncak selepas laporan mendakwa dia bernaung di bawah kelab CSKA, yang dikaitkan dengan Kementerian Pertahanan Rusia, serta pernah menyertai pemilihan parti pemerintah United Russia pada Mei lalu sebelum menarik diri dengan alasan mahu memberi tumpuan kepada latihan.
Dia juga dituduh menyuarakan sokongan terhadap konflik di Ukraine di media sosial, sesuatu yang kini menjadi tumpuan FIG dalam menilai statusnya.
Angelina raih emas, status ‘neutral’ terus dipertikai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.