Aek Larnaca kejutkan Palace pada malam bersejarah Selhurst Park

Aek Larnaca kejutkan Palace pada malam bersejarah Selhurst Park

Aek Larnaca kejutkan Palace pada malam bersejarah Selhurst Park
PEMAIN AEK Larnaca – meraikan kejayaan mereka melakar kemenangan ke atas Crystal Palace di Selhurst Park. -FOTO Reuters

London: Aksi pertama Crystal Palace di laman sendiri dalam saingan utama Eropah tidak berjalan seperti dirancang apabila mereka tewas mengejut 0-1 kepada kelab Cyprus, AEK Larnaca, namun pengendali pasukan, Oliver Glasner, menganggap kekalahan itu mungkin “pengajaran untuk kekal merendah diri”.

Perlawanan pada awal pagi tadi sepatutnya menjadi detik bersejarah buat Palace apabila Stadium Selhurst Park akhirnya menjadi gelanggang tuan rumah bagi aksi Eropah buat kali pertama dalam tempoh 101 tahun sejarah kelab itu.

Suasana cukup meriah dengan stesen Selhurst dipenuhi penyokong, manakala di dalam stadium pula ribuan penyokong yang memenuhi tempat duduk tidak henti-henti menyanyikan lagu semangat serta menjerit nama Glasner.

Sebelum sepak mula, penyokong membawa sepanduk bertemakan “Dad’s Army” yang menggambarkan perjalanan Palace dari selatan London menuju ke pentas final Liga Konferensi di Leipzig, disertai kain rentang bertulis “we are the boys who will win your little game” (kami anak jantan yang akan menewaskan permainan kecil kamu).

Palace memasuki perlawanan dengan keyakinan tinggi selepas tidak pernah tewas di laman sendiri sejak Februari dalam semua kejohanan, namun persembahan mereka jelas tidak sepadan dengan aura yang dicipta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Walaupun menghasilkan 15 percubaan, hanya satu sahaja mengenai sasaran. Jean-Philippe Mateta hampir menjaringkan gol dengan sepakan voli terkena palang pada babak pertama, sementara pemain gantian, Eddie Nketiah, gagal memanfaatkan peluang keemasan pada penghujung permainan apabila tersasar dari jarak lima meter.

Mengulas kekalahan itu, Glasner menegaskan:

“Orang selalu kata jika kamu bermain di Liga Perdana Inggeris (EPL), kamu akan mudah menang di Liga Konferensi. Tapi kita perlu kekal rendah diri. Saya tidak fikir mana-mana pasukan yang baru pertama kali beraksi mampu terus menjuarai kejohanan ini.

“Kami akan belajar daripadanya. Para pemain akan belajar. Ia memang malam yang mengecewakan, tapi mungkin seluruh pasukan dan penyokong perlu melalui detik ini untuk kekal berpijak di bumi nyata.”

Aek Larnaca kejutkan Palace pada malam bersejarah Selhurst Park

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker