10 penumpang tukar bas selepas lihat ular berlingkar
SINGAPURA – Seramai 10 penumpang dipindahkan ke bas lain untuk meneruskan perjalanan mereka selepas seekor ular sawa ditemui di dalam sebuah bas di Woodlands, Singapura, lapor portal berita The New Paper hari ini.
Namun, pasukan pertubuhan perlindungan haiwan, Acres terpaksa membuat dua percubaan sebelum berjaya menangkap ular tersebut.
Menurut pengendali perkhidmatan Transit Laju Massa Singapura, pemandu bas itu sedang memandu di Woodlands Avenue 1 pada pukul 9.05 malam (waktu tempatan).
Dia kemudian menyedari terdapat seekor ular di dalam kenderaan tersebut, Selasa lalu.
Selepas menerima panggilan kecemasan, pasukan penyelamat Acres segera dikerahkan, namun gagal menemui ular itu walaupun mereka melakukan pemeriksaan menyeluruh pada bas berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Keesokan paginya, Acres menerima panggilan kedua memaklumkan ular tersebut telah dilihat sekali lagi.
Pasukan penyelamat akhirnya menemui haiwan itu sedang berlingkar di bawah salah satu tempat duduk di bahagian belakang bas.
Dua kusyen tempat duduk bas ditanggalkan dan anak ular sawa batik yang dilihat itu memiliki panjang kira-kira 40 sentimeter.
Ular itu ditangkap dan dilepaskan semula ke habitat asalnya, demikian menurut kenyataan Acres. – AGENSI
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET

You must be logged in to post a comment.