Uqasha Akui Dianiaya

Kad Kahwin Pun Kamal Adli Tak Buat Sampai Sekarang

Uqasha Akui Dianiaya

Uqasha Akui Dianiaya

Tindakan pelakon terkenal, Uqasha Senrose, membangkitkan isu kekeliruan tarikh dan waktu sebenar pernikahannya dengan Kamal Adli dalam Instagram hari ini nyata mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen. Ramai beranggapan perkara sebegitu sepatutnya diselesaikan secara tertutup antara keluarga dan pihak berkuasa agama, bukannya diumumkan secara terbuka di media sosial. Namun, bagi Uqasha, apa yang dikongsikannya bukan untuk meraih simpati, sebaliknya kerana mahu menegakkan kebenaran selepas mendapat nasihat daripada pihak peguam.

Uqasha Akui Dianiaya

Menurut Uqasha, 33, dia tidak mengetahui bahawa wujud majlis akad nikah berbeza yang berlangsung pada 4 November 2021, sehari sebelum tarikh sebenar pernikahan mereka di Janda Baik, Pahang. Lebih mengejutkan, katanya, majlis itu diadakan di lokasi lain dengan jurunikah berbeza tanpa pengetahuannya. “Saya tidak tahu saya sudah dinikahkan pada 4 November jam 9.30 malam. Kenapa rahsiakan daripada saya?” tulisnya di ruangan komen, menjawab persoalan daripada netizen yang mempersoalkan niatnya berkongsi isu itu secara terbuka.

Uqasha juga tampil menegaskan bahawa tindakannya bukan bertujuan memburukkan suami, sebaliknya kerana dirinya teraniaya.

Uqasha Akui Dianiaya

“Ya Allah, sebar aib? Saya ini teraniaya. Macam-macam benda lain kalau saya nak sebar tetapi ini saya baru dapat tahu. Suatu hari nanti, awak akan faham bila berdepan dengan lelaki yang dianggap syurga tapi sebenarnya…,” tulisnya dengan nada penuh emosi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Lebih mengejutkan, Uqasha turut mendedahkan bahawa sepanjang tempoh lima tahun perkahwinan mereka, Kamal tidak pernah mengambil sijil mahupun kad perakuan nikah di pejabat agama.

“Bila fail cerai baru saya tahu sijil kahwin pun dia tak ambil pun lagi di pejabat agama. Kad kahwin pun dia tak buat sampai sekarang,” ujarnya yang kini dilihat semakin lantang bersuara selepas lama berdiam diri mengenai keadaan rumah tangganya.

Hari ini, kehadiran Uqasha di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi prosiding pertama kes perceraian mereka menambah teka-teki hubungan pasangan popular itu. Prosiding kedua ditetapkan pada 28 Oktober ini, namun Kamal dilaporkan tidak hadir dengan alasan sedang sibuk menjalani penggambaran.

“Ini Tentang Aku Tak Tahu Aku Dah Dinikah Awal..”-Uqasha Senrose

Uqasha Akui Dianiaya

Sebelum ini, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga mereka mula bertebaran sejak April lalu apabila pasangan itu dikatakan jarang dilihat bersama dan saling memadam gambar di media sosial. Untuk rekod, Uqasha dan Kamal bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira. Kini, pendedahan berani Uqasha bukan sahaja membuka lembaran baharu dalam kisah rumah tangga mereka, tetapi turut menimbulkan persoalan besar,  apakah sebenarnya yang berlaku di sebalik pernikahan pasangan selebriti ini?

Uqasha Akui Dianiaya

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker