Ular tedung menyusup dalam dapur
Ular tedung menyusup dalam dapur

MANILA – Sebuah keluarga di Filipina berdepan detik cemas apabila seekor ular tedung cuba masuk ke dapur rumahnya, lapor portal berita Interaksyon.
Kejadian berlaku di wilayah Bulacan pada 24 November lalu.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan reptilia itu muncul dari celahan tingkap dan cuba menyusup masuk sebelum melanggar beberapa peralatan dapur yang digantung.
Pemilik rumah tersebut, Dandy Atacador berkata, penemuan itu dibuat ketika dia ingin menyediakan makan tengah hari.
“Pada mulanya kami menyangka ia adalah tikus atau kucing peliharaan kami. Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan kerana ia merupakan pertama kali berurusan dengan ular tedung.
“Kami memiliki tujuh kucing tetapi tiada seekor yang mahu menangkap ular itu,” kata Atacador.
Tambah Atacador, reptilia itu melarikan diri ke luar rumah selepas dia membuka tingkap. – AGENSI
Ular tedung menyusup dalam dapur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.