Toppmoeller anggap Liverpool pasukan terbaik

Toppmoeller anggap Liverpool pasukan terbaik

Toppmoeller anggap Liverpool pasukan terbaik
LIVERPOOL mempersiapkan diri menjelang pertemuan dengan Frankfurt. FOTO AFP

Frankfurt: Jurulatih Eintracht Frankfurt, Dino Toppmoeller, menegaskan Liverpool kekal sebagai pasukan lebih baik dalam setiap perlawanan mereka biarpun berdepan kemerosotan prestasi dengan empat kekalahan berturut-turut menjelang aksi Liga Juara-Juara di Frankfurt, awal pagi Khamis.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu kini berdepan detik sukar walaupun berbelanja hampir £450 juta (RM2.4 bilion) untuk membawa masuk beberapa pemain baharu pada musim panas lalu.

Skuad bimbingan Arne Slot tewas 1-2 kepada musuh tradisi Manchester United pada Ahad lalu, selepas dikecewakan Crystal Palace, Galatasaray dan Chelsea, sesuatu yang tidak pernah berlaku sejak lebih sedekad lalu.

“Perlawanan Ahad lalu sepatutnya boleh berakhir 4-2 untuk Liverpool,” kata Toppmoeller pada sidang media semalam.

Jurulatih berusia 44 tahun itu turut mengakui Liverpool hanya ‘kurang sedikit percikan semangat’ namun tetap mendominasi setiap perlawanan.

“Dalam setiap aksi, mereka pasukan lebih baik dan mencipta lebih banyak peluang gol. Jadi kami menjangkakan mereka tampil sebagai pasukan bertaraf dunia esok,” katanya sambil menambah bahawa Liverpool pasti datang ke Frankfurt dengan motivasi tinggi selepas empat kekalahan berturut-turut.

Kekalahan empat perlawanan berturut-turut kali terakhir dialami Liverpool adalah pada November 2014 di bawah kendalian bekas pengurus, Brendan Rodgers.

Antara isu utama skuad itu musim ini ialah kemerosotan prestasi bintang Mesir, Mohamed Salah, namun Toppmoeller tetap menyanjung kemampuan penyerang berusia 33 tahun itu.

“Dia antara tiga pemain terbaik dunia sepanjang dekad lalu, dan saya masih percaya dia kekal pada tahap itu,” ujar Toppmoeller.

Toppmoeller anggap Liverpool pasukan terbaik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker