Sijil kelahiran 7 pemain antara dokumen penting diserahkan FAM kepada FIFA
Sijil kelahiran 7 pemain antara dokumen penting diserahkan FAM kepada FIFA

Kuala Lumpur: Sijil kelahiran tujuh pemain antara dokumen penting diserahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dalam proses rayuan yang sudah dibuat sebelum ini.
Ahli jawatankuasa eksekutif (Exco) FAM, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, dokumen itu dilampirkan seperti diberitahu peguam sukan antarabangsa yang mewakili FAM, Serge Vittoz.
“Kita sudah hantar (dokumen termasuk sijil kelahiran) kepada FIFA, tunggu dia (Jawatankuasa Rayuan FIFA) jawab 30 Oktober ini,” katanya.
Sebelum ini, Vittoz memaklumkan rayuan rasmi sudah difailkan pada 14 Oktober lalu, susulan keputusan asal yang dikeluarkan Jawatankuasa Tatatertib FIFA.
“Situasi sekarang ialah keputusan asal telah dikeluarkan pada September.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Dalam tempoh masa ditetapkan, kami memfailkan rayuan rasmi pada 14 Oktober.
“Kami dimaklumkan keputusan rasmi akan dikeluarkan pada 30 Oktober ini oleh Jawatankuasa Rayuan.
“Kemungkinan besar ia akan dimaklumkan kepada pihak berkaitan pada hari sama atau beberapa hari selepas itu,” katanya.
Menurut Vittoz, proses rayuan ini menjadi peluang penting bagi FAM mengemukakan hujah serta dokumen tambahan bagi mempertahankan kedudukan mereka di peringkat antarabangsa.
Jika keputusan Jawatankuasa Rayuan tidak memihak kepada Malaysia, FAM masih mempunyai saluran seterusnya untuk membawa kes berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) bagi proses semakan lanjut.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
“Selepas keputusan daripada Jawatankuasa Rayuan ini, jika FAM atau pemain tidak berpuas hati, mereka boleh mengemukakan rayuan ke CAS.
“Namun, proses di peringkat itu akan mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan,” katanya.
Beliau menegaskan semua langkah diambil FAM menunjukkan komitmen penuh untuk mempertahankan nama baik bola sepak negara dan memastikan keadilan diberikan kepada pemain terbabit.
“FAM menghormati sepenuhnya proses perundangan dan tatatertib FIFA serta percaya semua fakta akan diteliti secara objektif sebelum keputusan akhir dibuat,” katanya.
Vittoz turut menegaskan pihaknya akan terus memantau perkembangan kes itu secara rapat dan memberi kerjasama penuh kepada FIFA sepanjang proses berlangsung bagi memastikan ketelusan dan integriti dikekalkan.
Sijil kelahiran 7 pemain antara dokumen penting diserahkan FAM kepada FIFA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.