Maresca pening kepala isu kecederaan, kad merah sebelum jumpa Ajax

Maresca pening kepala isu kecederaan, kad merah sebelum jumpa Ajax

Maresca pening kepala isu kecederaan, kad merah sebelum jumpa Ajax
MARESCA lebih suka mendidik daripada menghukum. FOTO Reuters

London: Pengurus Chelsea, Enzo Maresca, mengakui dua isu utama senarai panjang pemain cedera serta masalah disiplin yang membawa kepada kad merah, menjadi kebimbangannya menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL) menentang Ajax Amsterdam, awal pagi Khamis ini.

Chelsea kini berdepan krisis kecederaan dengan enam pemain utama direhatkan, termasuk pertahanan Benoit Badiashile yang menjadi terbaharu ditimpa kecederaan minggu lalu.

“Keadaan ini sukar, terutama apabila kebanyakan kecederaan berlaku satu atau dua hari sebelum perlawanan,” kata Maresca pada sidang media semalam.

“Kami cuba menyesuaikan diri, tetapi ia tetap rumit kerana apabila anda merancang sesuatu untuk minggu depan, tiba-tiba pemain itu pula cedera dan kami perlu ubah perancangan.”

“Enzo sudah menjalani sesi latihan semalam, dan kami ada satu lagi sesi petang ini. Kami akan berbincang dengannya sebelum buat keputusan. Ia bukan isu besar, cuma kami mahu melindunginya,” jelas pengurus dari Itali itu.

Selain kecederaan, Chelsea turut bergelut dengan disiplin pemain, apabila mengutip empat kad merah dalam enam perlawanan terakhir, sesuatu yang cuba diperbaiki Maresca tanpa pendekatan hukuman keras.

“Sudah tentu, ini sesuatu yang boleh diperbaiki. Ada kad merah yang boleh dielakkan, tapi pemain juga mahu kekal agresif dan tidak mahu memberi peluang mudah kepada lawan,” katanya.

“Saya bukan jenis jurulatih yang suka menghukum. Saya ada empat anak, bila mereka buat silap, saya tak hukum, saya ajar mereka cara betul. Sama juga dengan pemain, saya lebih suka mendidik daripada menghukum.”

Walaupun mengalami tempoh sukar pada September lalu dengan tiga perlawanan tanpa kemenangan dalam Liga Perdana Inggeris dan kekalahan kepada Bayern Munich dalam aksi pembukaan UCL, Chelsea kini mula bangkit dengan tiga kemenangan berturut-turut, termasuk ke atas Benfica.

“Kami kecewa tewas kepada Bayern, tapi secara keseluruhan, persembahan kami bagus. Kami tahu ia bukan perlawanan mudah,” ujar Maresca.

“Menentang Benfica, kami belajar banyak perkara, dan saya yakin aksi menentang Ajax juga akan beri pengajaran berharga. Ajax adalah pasukan hebat, pernah menjuarai kejohanan ini dan pasti mahu buktikan kemampuan mereka di sini. Tapi kami juga akan berjuang untuk kemenangan.”

Selepas dua aksi awal, Chelsea kini menduduki tangga ke-18 dengan tiga mata, manakala Ajax masih tanpa sebarang mata di kedudukan tercorot kumpulan selepas dua kekalahan berturut-turut.

Maresca pening kepala isu kecederaan, kad merah sebelum jumpa Ajax

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker