Kisah kebangkitan Faisal wajar jadi inspirasi 7 pemain digantung FIFA

Kisah kebangkitan Faisal wajar jadi inspirasi 7 pemain digantung FIFA

Kisah kebangkitan Faisal wajar jadi inspirasi 7 pemain digantung FIFA
HEVEL (dari dari kiri) dan Figueiredo (kanan) antara tujuh pemain warisan yang digantung selama setahun oleh FIFA. FOTO MALAYSIA NT

Kuala Lumpur: Kisah kebangkitan menakjubkan daripada Faisal Halim boleh dijadikan inspirasi buat tujuh pemain warisan negara yang kini menghadapi penggantungan selama 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sejak 26 September lalu.

Faisal, 27, yang menjadi mangsa simbahan asid pada Mei tahun lalu berdepan ujian besar termasuk dibedah sebanyak empat kali sebelum perlahan-lahan kembali ke tahap terbaiknya selepas setahun.

Menurut Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim, beliau mahu tujuh tonggak berkenaan mengambil inspirasi yang berlaku ke atas Faisal untuk bangkit sebaik tempoh penggantungan berakhir.

Beliau berkata, kegagalan seseorang pemain bertaraf profesional mengekalkan prestasi di tahap optimum dalam tempoh empat ke tujuh hari, momentum itu akan hilang dan ia memerlukan latihan khusus dari aspek kecergasan.

“Isu penggantungan oleh FIFA ini memang bagi saya ibarat sudah jatuh ditimpa tangga buat tujuh pemain ini termasuk Facundo Garces, tapi saya harap, mereka tidak putus semangat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“Jadikan kisah hitam Faisal Halim yang disimbah asid pada tahun lalu dan kemudian dia (Faisal) bangkit biarpun hampir beberapa bulan tidak beraksi di peringkat tertinggi,” katanya kepada Arena Metro.

Ujarnya lagi, sokongan daripada kelab masing-masing amat penting terutama dalam aspek kekuatan mental.

“Mereka perlu ada sokongan kuat daripada kelab dari segi kekuatan mental untuk membantu memulihkan motivasi dan keyakinan pemain itu nanti,” katanya.

Sebelum ini, kebangkitan menakjubkan Faisal selepas insiden disimbah asid pada Mei tahun lalu kini bukan hanya mengundang pujian peminat tempatan, malah turut mendapat perhatian pengkritik sukan antarabangsa.

Terbaharu, penganalisis dan pengulas bola sepak berpangkalan di luar negara, Steve Gray menerusi akaun TikTok popularnya, @stevegrayfootballtalk, memuat naik video khas memuji semangat juang dan peningkatan luar biasa pemain Harimau Malaya itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Dalam videonya yang kini meraih ribuan tontonan, Gray menyifatkan Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey sebagai simbol ketabahan dan contoh nyata bagaimana keazaman mampu mengatasi tragedi.

Pada 26 September lalu, FIFA menggantung tujuh pemain iaitu Garces, Rodrigo Holgado, Gabriel Palmero, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel berhubung penyerahan isu dokumentasi yang tidak sahih sebagai pemain warisan Malaysia.

Selepas digantung, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pantas mengemukakan rayuan kepada badan induk dunia itu bagi mendapatkan keadilan.

Keputusan rayuan akan diperolehi pada 30 Oktober ini dan jika FAM masih tidak berpuas hati dengan keputusan rayuan nanti, badan induk bola sepak tempatan itu dijangka mengheret isu berkenaan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) sebagai usaha terakhir mencabar keputusan FIFA.

Kisah kebangkitan Faisal wajar jadi inspirasi 7 pemain digantung FIFA

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker