Courtois kecam tindakan pindah aksi Barcelona ke Miami
Courtois kecam tindakan pindah aksi Barcelona ke Miami

Madrid: Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois, menyifatkan keputusan untuk memindahkan perlawanan La Liga antara Barcelona dan Villarreal ke Miami sebagai tindakan yang ‘mencemarkan’ kejuaraan domestik Sepanyol itu.
La Liga sebelum ini mengumumkan bahawa aksi berkenaan akan berlangsung di Amerika Syarikat pada Disember, menjadikannya perlawanan pertama dalam sejarah liga Eropah yang diadakan di luar benua berkenaan.
“Ia benar-benar mencemarkan saingan liga,” kata Courtois pada sidang media menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Juventus, Khamis ini.
“Mudah untuk bercakap mengenai NFL atau NBA kerana mereka mempunyai 82 perlawanan, jadi berpindah lokasi tidak mengubah apa-apa bagi mereka. Dalam NFL, keputusan dibuat melalui undian oleh pemilik pasukan.
“Namun di sini, ia berbeza… keputusan dibuat tanpa persetujuan semua pihak, dan itu jelas mencemarkan keadilan pertandingan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Courtois menegaskan bahawa Barcelona akan mendapat kelebihan apabila bertemu Villarreal di gelanggang berkecuali, berbanding suasana sebenar di laman lawan.
“Bermain di tempat lawan seperti Villarreal bukan tugas mudah… setiap pasukan seharusnya beraksi di laman sendiri dan tempat lawan, kecuali atas sebab luar jangka,” ujarnya.
Persatuan Pemain Bola Sepak Sepanyol (AFE) sebelum ini menganjurkan protes serentak terhadap keputusan itu, apabila pemain dari semua pasukan tidak bergerak selama 15 saat pada permulaan setiap perlawanan liga hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, Courtois mendedahkan aksi protes itu tidak semuanya disiarkan di televisyen, menyifatkan ia sebagai cubaan menutup suara pemain.
“Menyembunyikannya adalah satu bentuk penapisan dan manipulasi, dan itu amat tidak wajar,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Real Madrid turut menyuarakan bantahan rasmi terhadap pemindahan perlawanan itu dan menurut laporan media Sepanyol, kelab berkenaan memfailkan aduan kepada kerajaan Sepanyol.
Sementara itu, pengendali Real, Xabi Alonso, turut senada dengan Courtois apabila menegaskan beliau juga tidak bersetuju dengan langkah berkenaan.
“Pandangan saya jelas… kelab sedang mempertahankan kepentingannya dan kita akan lihat apa keputusan akhirnya,” kata Alonso.
Dalam pada itu, Courtois bakal mencatat penampilan ke-300 bersama Real Madrid apabila mereka melayan kunjungan Juventus di Santiago Bernabeu.
“Saya amat berbangga mencapai jumlah itu. Sejak kecil saya hanya bermimpi untuk bermain sekali sahaja bagi Real Madrid, dan kini saya akan melangkah ke perlawanan ke-300,” ujar penjaga gol berusia 33 tahun itu.
Courtois kecam tindakan pindah aksi Barcelona ke Miami
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.