Alonso puji pengaruh besar Mbappe pacu kebangkitan Real
Alonso puji pengaruh besar Mbappe pacu kebangkitan Real

Madrid: Pengurus Real Madrid, Xabi Alonso, memuji pengaruh dan prestasi luar biasa Kylian Mbappe musim ini selepas penyerang sensasi Perancis itu mengetuai carta penjaring La Liga dan Liga Juara-Juara (UCL) menjelang aksi menentang Juventus di Santiago Bernabeu, awal pagi Khamis.
Mbappe, 26, yang menyertai Real dari Paris Saint Germain musim lalu, meledak 10 gol dalam sembilan perlawanan La Liga serta lima gol dalam dua aksi UCL, selain turut menjaringkan tiga gol buat skuad kebangsaan Perancis.
Aksi cemerlangnya membantu Real meraih permulaan mantap di bawah kendalian Alonso dengan 10 kemenangan daripada 11 perlawanan dalam semua kejohanan, mendahului carta La Liga dengan 24 mata, dua mata di depan Barcelona, serta mengekalkan rekod sempurna di Eropah.
“Ia bukan sekadar jumlah gol,” kata Alonso pada sidang media semalam.
“Pengaruhnya di atas padang sama pentingnya, dia membuat rakan sepasukan mengikut rentaknya dengan dan tanpa bola. Dia banyak membantu pasukan. Dia menjaringkan gol di mana-mana sahaja, dan pengaruhnya amat diperlukan skuad ini.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Real akan berdepan skuad Juventus yang bergelut selepas lebih sebulan tanpa kemenangan dan kini berada di tangga ketujuh Serie A, empat mata di belakang pendahulu AC Milan.
“Kami tetap berwaspada terhadap Juve,” tegas Alonso.
“Mana-mana pasukan Itali yang sedang bergelut boleh menjadi berbahaya. Kita tidak boleh lupakan sejarah, Juve kelab besar, dulu dan kini, dan mereka masih memiliki pemain berkualiti.”
Menurut bekas bintang Liverpool dan Real itu, pertemuan menentang Juventus dianggap ‘klasik Eropah’ yang sarat sejarah serta emosi.
“Kami sudah bersedia sepenuhnya. Sasaran kami jelas, kemenangan ketiga dalam UCL dan permulaan terbaik di peringkat kumpulan. Kami juga perlukan penyokong. Mereka datang ke Bernabeu untuk melihat perlawanan besar, dan kami mahu memberikan persembahan yang membuat mereka bangga,” katanya.
Alonso puji pengaruh besar Mbappe pacu kebangkitan Real
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.