Tukang masak maut dirempuh SUV

Tukang masak maut dirempuh SUV

Tukang masak maut dirempuh SUV
Seorang tukang masak maut selepas motosikal ditunggangi terbabit dalam kemalangan dengan sebuah SUV di Kilometer 61 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Rahmat, Setiu, di sini, hari ini. – Foto ihsan polis

SETIU: Seorang tukang masak sebuah restoran maut selepas motosikal ditunggangi terbabit nahas dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 61 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Rahmat, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd Zain Mat Dris, berkata mangsa, Loh Eng Keat, 61, dari Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata, polis menerima maklumat berhubung kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu SUV jenis Proton X70 dengan motosikal jenis Yamaha 135 LC itu jam 11.37 pagi,

“Pemandu Proton X70 dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kota Bharu, manakala mangsa dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu Proton X70 merempuh motosikal mangsa dari arah berlawanan laluan. Pemandu SUV serta tiga penumpang tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Setiu untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tukang masak maut dirempuh SUV

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker