Ranking tertinggi karier, Sivasangari kini nombor enam dunia

Ranking tertinggi karier, Sivasangari kini nombor enam dunia

Ranking tertinggi karier, Sivasangari kini nombor enam dunia
SIVASANGARI beraksi cemerlang di Terbuka Silicon Valley. FOTO ASYRAF HAMZAH

Kuala Lumpur: Bintang skuasy negara S, Sivasangari meneruskan momentum cemerlang di pentas antarabangsa apabila naik dua anak tangga untuk menduduki tangga keenam dunia, kedudukan tertingginya dalam ranking terkini Persatuan Skuasy Profesional (PSA) yang diumumkan hari ini.

Pemain berusia 26 tahun dari Kedah itu melonjak ke posisi berprestij berkenaan susulan aksi cemerlangnya muncul naib juara Kejohanan Terbuka Silicon Valley, kejohanan bertaraf PSA Gold yang berlangsung di Redwood City, California minggu lalu.

Dalam laluan ke final, Sivasangari menewaskan pemain Mesir Kenzy Ayman, wakil Amerika Syarikat Amanda Sobhy serta Salma Hany dari Mesir, sebelum tunduk kepada pemain tuan rumah yang juga juara bertahan Olivia Weaver.

Pencapaian itu menyaksikan Sivasangari memintas pemain Jepun, Satomi Watanabe dan wakil Belgium Tinne Gilis, sekali gus menempatkan dirinya dalam kelompok enam terbaik dunia buat julung kalinya.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara Rachel Arnold turut memperbaiki kedudukannya apabila naik satu anak tangga ke ranking ke-19 kategori wanita.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Bagi saingan lelaki, pemain nombor satu negara Ng Eain You mengekalkan kedudukan di ranking ke-12 dunia.

 

Ranking tertinggi karier, Sivasangari kini nombor enam dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker