Objek misteri jatuh dari langit, terbakar atas tanah
Objek misteri jatuh dari langit, terbakar atas tanah

PERTH – Satu objek misteri yang sedang terbakar ditemukan di sebuah gurun terpencil di Australia, dengan tiada petunjuk menunjukkan asal-usul item tersebut, lapor portal berita MailOnline.
Polis negeri Australia Barat melancarkan tindak balas pelbagai agensi selepas objek itu ditemukan pada pukul 2 petang (waktu tempatan) Sabtu lalu.
Penilaian awal menunjukkan bahawa objek itu diperbuat daripada gentian karbon dan bermungkinan bekas tekanan berbalut komposit atau tangki roket.
“Penilaian teknikal selanjutnya dilakukan oleh jurutera dari Agensi Angkasa Australia untuk membantu mengenal pasti sifat dan sumbernya,” kata Polis Australia Barat. – AGENSI
Objek misteri jatuh dari langit, terbakar atas tanah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.