Objek misteri hentam cermin kokpit, juruterbang cedera
Objek misteri hentam cermin kokpit, juruterbang cedera

WASHINGTON – Seorang juruterbang penerbangan United Airlines cedera dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan selepas satu objek misteri menghentam cermin kokpit pesawat Boeing 737, lapor akhbar New York Post semalam.
Kejadian berlaku ketika pesawat berada pada ketinggian 10,972 meter.
Gambar yang tular di media sosial menunjukkan tangan juruterbang itu berdarah dan lebam, beserta kecederaan yang konsisten dengan luka akibat serpihan kaca.
Kaca yang pecah turut berselerak di papan pemuka dan dalam kokpit, manakala beberapa gambar lain menunjukkan kesan hangus di kawasan hentaman.
Sebilangan netizen menyatakan bahawa hentaman itu mungkin disebabkan oleh serpihan angkasa atau meteor yang mengenai pesawat tersebut.
Pesawat yang dalam penerbangan dari Denver ke Los Angeles itu terpaksa mendarat cemas di Bandar Salt Lake pada Khamis lalu.
Pihak pengurusan United Airlines berkata: “Kami telah mengaturkan sebuah kapal terbang lain untuk membawa penumpang ke Los Angeles pada hari yang sama, manakala pasukan penyelenggaraan kami berusaha untuk membaiki pesawat tersebut supaya dapat kembali beroperasi.” – AGENSI
Objek misteri hentam cermin kokpit, juruterbang cedera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.