Kessie bantu Al-Ahli belasah kelab Qatar
Kessie bantu Al-Ahli belasah kelab Qatar

Jeddah: Juara bertahan Al-Ahli mudah menewaskan kelab Qatar, Al-Gharafa 4-0 di Jeddah sekali gus melonjak ke puncak kedudukan Liga Juara-Juara Asia Elite, awal pagi tadi manakala satu lagi kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad mencatat kemenangan pertama mereka dalam kempen ini.
Bekas pemain tengah Barcelona, Franck Kessie menjaringkan dua gol selepas Enzo Millot membuka jaringan untuk Al-Ahli di Stadium Sukan King Abdullah, dalam aksi separuh masa pertama yang cukup dominan oleh pasukan bimbingan Matthias Jaissle.
Millot meletakkan tuan rumah di hadapan pada minit ke-32 menerusi rembatan jarak dekat sebelum Kessie menambah gol kedua enam minit kemudian dengan tandukan tinggi yang mengatasi pertahanan lawan.
Pemain antarabangsa Ivory Coast itu meledak gol ketiga sebelum tamat separuh masa pertama selepas meluru melepasi barisan pertahanan untuk menerima hantaran semula daripada Riyad Mahrez dan menyudahkannya dengan tenang. Saleh Abu Al-Shamat melengkapkan malam gemilang Al-Ahli dengan gol keempat, 14 minit sebelum tamat permainan.
Al-Ahli kini mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan dalam fasa liga zon barat pertandingan ini, dengan lapan pasukan teratas akan mara ke pusingan kalah mati pada Mac.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Al-Ahli kini berkongsi tujuh mata bersama pasukan dari UAE, Al-Wahda, yang bangkit daripada ketinggalan satu gol menentang Al-Duhail dari Qatar untuk mencatat kemenangan 3-1 di Abu Dhabi, hasil jaringan Brahima Diarra dan Ala Zouhir yang memastikan kemenangan buat pasukan tuan rumah.
Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal, berada di tangga ketiga dalam kedudukan 12 pasukan dengan enam mata daripada dua perlawanan dan akan menentang Al-Sadd dari Qatar, hari ini.
Sementara itu, Al-Ittihad menang 4-1 walaupun terlebih dahulu ketinggalan satu gol kepada Al-Shorta dari Iraq di Baghdad, sekali gus mencatat kemenangan pertama dalam kempen ini.
Bassam Shakir meletakkan Al-Shorta di hadapan seawal minit ke-5, namun jaringan daripada Moussa Diaby dan Fabinho membolehkan Al-Ittihad mendahului sebelum tamat separuh masa pertama.
Kad kuning kedua kepada Danilo Pereira akibat terjahan kasar ke atas Dominique Mendy menyebabkan Al-Ittihad beraksi dengan 10 pemain, namun Houssem Aouar berjaya menjaringkan dua gol pada minit ke-60 dan 76 untuk memastikan kemenangan selesa buat kelab dari Arab Saudi itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
“Ia kemenangan yang sangat baik,” kata Fabinho. “Kami datang ke sini dengan satu matlamat untuk mendapatkan tiga mata. Ia sukar bermain di sini dengan suasana dan sokongan penyokong mereka.
“Walaupun kami bermula dengan kurang baik, semangat pasukan sangat baik, sikap pemain juga sangat positif. Kami tahu jika mahu menang, kami perlu berjuang, dan kami berjaya melakukannya.”
Pemain antarabangsa Albania, Regi Lushkja, menjaringkan dua gol dalam 11 minit pertama ketika kelab Iran, Tractor FC, mencatat kemenangan pertama mereka dalam kempen ini dengan membelasah tuan rumah Sharjah FC 5-0.
Lushkja menjaringkan dua gol awal untuk memberikan kelebihan kepada pasukannya, dan jaringan tambahan daripada Mehdi Hashemnejad, Danial Esmaeilifar, serta Masoud Zayer Kazemayni melengkapkan kemenangan bergaya untuk pasukan bimbingan Dragan Skocic.
Kessie bantu Al-Ahli belasah kelab Qatar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.