Hujan lebat, angin kuat punca pokok tumbang hempap 4×4 di Batang Kali
Hujan lebat, angin kuat punca pokok tumbang hempap 4×4 di Batang Kali

SHAH ALAM: Polis mengesahkan kemalangan maut membabitkan seorang lelaki yang kenderaannya dihempap pokok di Jalan Batang Kali-Genting Highland, Batang Kali, Hulu Selangor berhampiran sebuah chalet berpunca daripada hujan lebat dan angin kuat.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 2.20 petang hari ini.
Beliau berkata, polis kemudian menyusul ke lokasi dan mendapati pokok tumbang menghempap kenderaan dipandu mangsa warga tempatan berusia 23 tahun.
Pada masa sama, insiden turut membabitkan dua kenderaan lain namun tiada kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
“Pemandu kenderaan berjaya dikeluarkan pihak bomba jam 3.20 petang dan disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Kuala Kubu Bharu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Hasil siasatan mendapati mangsa bekerja sebagai pembantu penyelaras acara di Rumah Hutan Batang Kali.
“Siasatan lanjut juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat,” katanya ketika dihubungi, malam ini.
Ibrahim berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk proses bedah siasat.
Justeru itu, beliau memaklumkan kejadian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Siti Khadijah Nus di talian 03-60573322 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandunya dihempap pokok.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.14 petang.
Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian.
Sementara itu, usahawan terkenal, Rozita Ibrahim dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan mangsa insiden itu adalah pekerja syarikatnya.
“…. dalam sekelip mata, pokok besar jalan utama menuju ke Genting, tumbang menghempap kereta Hilux milik syarikat Bonda.
“Nyawa staf kami yang masih muda, bongsu dalam keluarga, baru berusia 20-an, diragut dalam tragedi ngeri ini.
“Pihak bomba, polis dan ambulans bertungkus lumus mengeluarkan mangsa.
“Suasana sunyi… hanya kedengaran esakan dan raungan seorang ibu yang kehilangan anak. Ayah tua pula berdiri kaku, menahan pilu melihat jenazah anak yang pergi tidak kembali.
“Saya amat berharap pihak kerajaan ambil tindakan tegas atas insiden ini.
Kemalangan ini bukan di resort Bonda, tapi kesan pencemaran sungai dan pokok hutan yang tidak dipantau boleh mengancam tetamu dan binaan,” katanya.
Hujan lebat, angin kuat punca pokok tumbang hempap 4×4 di Batang Kali
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.