Didie Alias Terkejut Dengan Pertanyaan Netizen ‘Bila Mahu Bercerai’ [VIDEO]
“Mulut Kau Macam Cil*ka”
Didie Alias Terkejut Dengan Pertanyaan Netizen ‘Bila Mahu Bercerai’ [VIDEO]
Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Didie Alias yang terkejut dengan pertanyaan individu yang bertanyakan ‘bilakah beliau mahu bercerai’ ketika membuat live di aplikasi tiktok. Didie Alias juga berasa kecewa dan marah terhadap individu terbabit kerana bertanyakan sebegitu kepadanya.
@didiealias7 Terperanjat Mummy Bila Orang Tanya Bukan2 #foryoupage❤️❤️ #foryou #fypシ゚ #fyp #didiealias
Rata-rata netizen terkejut melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa tidak patut individu tersebut bertanyakan hal sebegitu walaupun ianya sekadar bergurau.
“Kau ni binatang ke manusia duk tanya macam tu?”
“geram dengan komen tu, tapi kelakar dengar mummy cakap, nasib tak tercekik makanan tu”
“saja cari pasal tu, baiklah doakan yang baik baik je tak faham aku dengan manusia macam ni”
“apa la doa macam tu, semoga sis bahagia sampai jannah”
“allahuakbar, napa orang tu cakap macam tu, x baik cakap macam tu”
“jangan dilayan orang macam tu, dia memang nak perhatian je tu”
“macam macam hal ekk manusia ni, boleh pulak cakap macam tu.
Siapa yang tidak kenal dengan Selebriti Versatil iaitu Fadzilah binti Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Didie Alias yang merupakan seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penyanyi wanita Malaysia.
Beliau mula menceburkan diri dalam bidang lakonan sejak 1991. Antara filem terawal lakonannya adalah filem aksi Boss dan Kanta Serigala sebelum aktif di layar kaca TV. Penglibatan Didie dalam dunia lakonan bermula selepas beliau menempa nama dalam bidang modeling dan komersial. Didie pernah menyertai peringkat bulanan pemilihan Dewi Remaja pada tahun 1990.
Beliau kemudian dilamar oleh Berjaya Filem untuk membintangi filem arahan Hussein Abu Hassan berjudul Kanta Serigala bergandingan bersama Rosyam Nor dan Faizal Hussein. Wajah Didie yang mirip Pan-Asian nyata berjaya menarik perhatian ramai.
Didie Alias Terkejut Dengan Pertanyaan Netizen ‘Bila Mahu Bercerai’ [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.