Brentford tambah luka West Ham

Brentford tambah luka West Ham

Brentford tambah luka West Ham
AKSI Thiago (kiri) meledak gol pembukaan Brentford. FOTO AFP

London: Igor Thiago dan Mathias Jensen menjaringkan gol ketika Brentford menang 2-0 ke atas West Ham United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Kekalahan itu yang keempat berturut-turut di laman sendiri bagi tuan rumah sekali gus rekod terburuk dalam sejarah kelab itu pada permulaan musim.

Brentford kini naik ke tangga ke-13 dengan 10 mata daripada lapan perlawanan, manakala West Ham yang dihujani dengan sorakan ejekan oleh penyokong mereka, berada di tangga ke-19 dengan hanya empat mata.

Pengurus baharu West Ham, Nuno Espirito Santo, pastinya menyedari besarnya cabaran menanti apabila pasukannya ketinggalan dalam hampir semua aspek permainan, dan hanya tiang gol serta penyudah tumpul Brentford menghalang kekalahan lebih besar.

“Memang seronok dapat tiga mata dan keluar daripada zon penyingkiran,” kata pemain tengah Brentford, Mikkel Damsgaard.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“Kami terlepas banyak peluang, terutama dari situasi sepakan percuma dan kami sepatutnya boleh menjaringkan lebih banyak gol, tapi kami tetap gembira dengan kemenangan ini. Kami sedang menemui rentak sebagai satu pasukan dan semakin serasi.”

Terdapat banyak tempat duduk kosong ketika sepak mula, dipercayai akibat protes oleh beberapa ribu penyokong West Ham yang tidak hadir sebagai tanda bantahan terhadap pengerusi David Sullivan dan naib pengerusi Karren Brady.

“Keputusan 2-0, tapi sebenarnya mereka boleh jaringkan lebih banyak,” kata kapten West Ham, Jarrod Bowen. “Kami bermula dengan baik, ada beberapa sepakan sudut dan peluang dari set-piece, tapi cara kami bolos sangat mengecewakan.

“Kami hanya boleh jadi lebih baik dengan menonton semula apa yang kami lakukan dengan teruk. Kami memang tidak buat apa-apa dengan baik musim ini.”

Brentford memasuki perlawanan ini dengan rekod buruk di tempat lawan, tewas ketiga-tiga perlawanan liga sebelum ini tetapi mereka mencatatkan 22 percubaan ke arah gol, jumlah tertinggi mereka di tempat lawan dalam aksi EPL.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Gol yang sememangnya dijangka untuk Brentford akhirnya hadir pada minit ke-43 apabila hantaran jauh dikawal oleh Kevin Schade di luar kotak penalti. Dia menahan asakan tiga pemain pertahanan sebelum menghantar bola kepada Thiago.

Tendangan penyerang itu hampir diselamatkan penjaga gol West Ham, Alphonse Areola, namun bola tetap bergolek perlahan masuk ke penjuru gawang.

Separuh masa kedua menyaksikan Brentford terus menguasai perlawanan, dan Schade hampir menambah gol kedua apabila tandukannya terkena palang pada minit ke-60.

West Ham langsung tidak kelihatan mampu mencari gol penyamaan, dan Brentford mengesahkan kemenangan mereka dengan jaringan kedua pada saat-saat akhir perlawanan apabila Jensen tidak dikawal di dalam kotak penalti dan menyudahkan peluang dengan rembatan dari jarak 15 ela.

Espirito Santo yang menyedari tekanan kini menggunung di bahunya berjanji pasukan kejurulatihan akan bekerja keras untuk membawa West Ham keluar daripada zon penyingkiran.

“(Kita mula) esok, dengan menyedari bahawa setiap hari itu penting untuk memperbaiki keadaan,” katanya. “Tanggungjawab, komitmen, kerja keras dan sedikit lagi usaha yang lebih sedar. Kita amat memerlukannya.”

Brentford tambah luka West Ham

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker