Singapura rampas 64,000 vape, peranti diseludup dari Malaysia, tahan 12 individu

Singapura rampas 64,000 vape, peranti diseludup dari Malaysia, tahan 12 individu

Singapura rampas 64,000 vape, peranti diseludup dari Malaysia, tahan 12 individu
Foto hiasan. – NSTP/Fail

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa Singapura menumpaskan satu sindiket menyeludup vape dari Malaysia selepas menahan 12 individu dan merampas lebih 64,000 peranti berkaitan bernilai hampir RM2 juta.

Pasukan Polis Singapura (SPF) memaklumkan, semua individu berkenaan berusia antara 25 hingga 35 tahun, termasuk seorang wanita ditahan dalam satu operasi bersama Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Risikan Polis dan Pasukan Gerakan Khas pada Khamis lalu.

“Mereka dipercayai terlibat dalam sindiket vape yang menyusun operasi pengimportan dan pengedaran vape dari Malaysia ke Singapura dan telah membekalkan kepada penduduk tempatan. Semua suspek ditahan di tempat letak kereta di kawasan Ang Mo Kio Avenue 5, di mana mereka dipercayai sedang mengedarkan peranti tersebut.

“Serbuan susulan di Upper Jurong Road, Canberra Drive dan Jalan Senudok, termasuk dua kemudahan penyimpanan yang digunakan oleh sindiket, membawa kepada rampasan lebih 64,000 vape dan komponen berkaitan, dengan nilai pasaran melebihi SG$560,000 (RM1.96 juta),” menurut kenyataan itu.

Turut dirampas ialah wang tunai lebih SG$16,000 (RM56,000), beberapa peranti elektronik seperti telefon bimbit dan kad SIM serta lapan kereta yang dipercayai digunakan dalam rangkaian pengedaran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


SPF berkata, operasi itu turut dijalankan dengan kerjasama rapat Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).

Semua 12 suspek didakwa di mahkamah semalam dengan empat daripada mereka atas tuduhan berkomplot memiliki vape untuk dijual di bawah Seksyen 16(4)(a) Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan) 1993 dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan 1871, manakala lapan lagi didakwa atas kesalahan memiliki peranti sama untuk dijual di bawah akta sama.

Kesemua tertuduh kini ditahan reman dan kes mereka akan didengar lagi pada 23 Oktober.

Mengikut Akta Tembakau (Kawalan Iklan dan Jualan) Singapura, adalah menjadi satu kesalahan untuk mengimport, mengedar, menjual atau menawarkan untuk menjual vape dan komponennya.

Pesalah boleh didenda sehingga SG$10,000 (RM35,000) atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan seterusnya, hukuman meningkat kepada denda SG$20,000 (RM70,000) atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Singapura rampas 64,000 vape, peranti diseludup dari Malaysia, tahan 12 individu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker