Sebuah PPS dibuka di Pontian susulan banjir kilat

Sebuah PPS dibuka di Pontian susulan banjir kilat

Sebuah PPS dibuka di Pontian susulan banjir kilat
Anggota bomba menyelamat warga emas dan dua kanak – kanak yang teperangkap dalam kejadian banjir di Kampung Bugis, Batu 6, Penerok Pontian. – Foto NSTP/ TOGI MARZUKI

JOHOR BAHRU: Sejumlah 57 penduduk daripada 21 keluarga di daerah Pontian ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS), susulan banjir kilat hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Datuk Asman Shah Abd Rahman berkata, PPS Sekolah Kebangsaan Penerok, Tanjung Piai itu mula dibuka 8 malam tadi.

Beliau berkata, kawasan yang terjejas ialah Kampung Makam, Penerok dan Kampung Parit Bugis.

“Berdasarkan laporan awal, hujan lebat berlaku petang tadi namun dilaporkan sudah berhenti,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri berkata cuaca di kawasan yang terjejas setakat ini, cerah.

Sebuah PPS dibuka di Pontian susulan banjir kilat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker