Remaja 16 tahun dihanyut arus deras, ditemui lemas
Remaja 16 tahun dihanyut arus deras, ditemui lemas

YAN: Remaja yang hilang selepas dihanyutkan arus deras di air terjun Sungai Teroi, Lubuk Kawah, petang tadi ditemui lemas.
Mangsa, Mohd Zareef Adam Ramli, 16, ditemui meninggal dunia ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan oleh pasukan penyelamat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Mohd Razali berkata, operasi SAR mangsa dilakukan dengan meredah sungai (air terjun) di kawasan yang dilaporkan mangsa jatuh dan berjaya menemui mangsa pada jam 8.40 malam.
Beliau berkata, mangsa ditemui pasukan Bomba dengan jarak 500 meter dari lokasi yang dilaporkan mangsa jatuh.
“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Komander Operasi memaklumkan operasi tamat pada jam 9.35 malam,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, di laporkan seorang remaja berusia 16 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras di air terjun Sungai Teroi, Lubuk Kawah, petang tadi.
Berikutan itu, operasi SAR dilakukan oleh pasukan BBP Yan dan dibantu polis, anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dengan bantuan penduduk kampung.
Remaja 16 tahun dihanyut arus deras, ditemui lemas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.