Nor Hidayah selamatkan 3 anak saudara tapi akhirnya dia ‘pergi’
Nor Hidayah selamatkan 3 anak saudara tapi akhirnya dia ‘pergi’

KEMAMAN: “Dia selamatkan tiga anak saudara kami sebelum dia dihanyutkan jauh ke tengah,” kata Syafiq Azril Mohd Nasis, 40, suami kepada mangsa lemas ketika mandi di Pantai Penunjuk Kijal, dekat sini, petang semalam.
Isterinya, Nor Hidayah Zakaria, 39, disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman, kira-kira jam 5.24 petang.
Sementara anak saudaranya, Urshia Medina Noor Didi Hilmi, 12, disahkan meninggal ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Kijal kira-kira jam 5.23 petang.
Syafiq Azril berkata, sebelum kejadian mereka bersama 50 ahli keluarga mengadakan hari keluarga di Cherating, Pahang.
“Selepas selesai majlis terbabit, kami singgah di Pantai Penunjuk Kijal untuk menikmati ikan celup tepung di situ kerana isteri saya sangat teringin makan di situ.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Memang pada mulanya kami tidak berniat untuk mandi di pantai itu, bila lihat suasana pantai dan ombak yang tenang, kami beramai-ramai akhirnya mandi di situ,” katanya.
Katanya, ketika sedang mandi, dia terkejut dengan suara jeritan daripada isterinya yang meminta tolong dan saya lihat tiga anak saudara sedang berpaut pada isterinya itu.
“Urshia Medina berada tidak jauh dari isteri ketika itu dan isteri berjaya menyelamatkan ketiga-tiga anak saudara lain yang berpaut padanya.
“Saya yang sangat cemas ketika itu dibantu beberapa penduduk mengayuh sampan untuk menyelamatkan isteri sebelum sebuah lagi sampan yang dinaiki penduduk pergi menyelamatkan Urshia Medina,” katanya.
Katanya, tiga anak saudaranya yang hampir lemas berusia 14 hingga 20 tahun berjaya diselamatkan ahli keluarga dan nelayan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
“Saya berjaya selamatkan isteri dan selepas itu melakukan bantuan pernafasan (CPR) dengan bantuan penduduk kampung sebelum pasukan perubatan tiba sebelum isteri dikejarkan ke Hospital Kemaman.
“Ketika itu saya yakin isteri masih bernafas dan akhirnya pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya,” katanya.
Syafiq Azril berkata, isterinya itu jurutera di Jabatan Pengairan dan Saliran JPS Kedah dan baru sahaja disahkan bebas daripada kanser payu dara awal bulan lalu.
“Saya dan isteri baru sahaja gembira dengan berita dia bebas dari penyakit itu dan dia (isteri) tidak sabar untuk kembali bertugas selepas diberi cuti panjang oleh doktor.
“Saya sangat sedih, kerana isteri saya yang merancang mengadakan program hari keluarga ini kerana dia berniat nak menghabiskan masa cutinya bersama ahli keluarganya,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sementara itu, Megat Rosli Megat Dewa, 68, datuk saudara Urshia Medina, berkata Urshia Medina sepatutnya menyambut hari lahir hari ini dan kelmarin, dia sempat memberikan Urshia Merdina hadiah
.”Urshia Medina tidak mahu buka hadiah itu, dia nak buka hadiah yang kami berikan itu sebaik pulang ke rumahnya di Ampang, Selangor… itu yang buatkan kami sangat sedih,” katanya.
Jenazah kedua-dua mangsa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Hijrah, Jitra, Kedah.
Nor Hidayah selamatkan 3 anak saudara tapi akhirnya dia ‘pergi’
You must be logged in to post a comment.