Lelaki didakwa potong giliran isi minyak cedera dipukul

Lelaki didakwa potong giliran isi minyak cedera dipukul

Lelaki didakwa potong giliran isi minyak cedera dipukul

AMPANG: Seorang lelaki cedera di hidung, tangan kiri dan bengkak di belakang kepala disyaki dipukul pemandu lori kerana didakwa memotong giliran mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Pandan Indah, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata dalam kejadian jam 5.15 petang itu, ketika mangsa berada di stesen minyak itu, dia didatangi seorang lelaki tidak dikenali menaiki lori menuduh dia memotong giliran.

Menurutnya, mangsa menjelaskan dia berada di pam berbeza namun selepas dia membuat bayaran suspek menghampirinya dan berlaku pertengkaran.

“Suspek menyentuh hidung mangsa dengan jari dan kemudian mengeluarkan objek tidak pasti dari seluar sebelum mencucuk objek berwarna merah ke arah hidungnya sehingga menyebabkan kecederaan.

“Berlaku pergaduhan antara mangsa dan suspek sehingga dia mengalami kecederaan luka di hidung, tangan kiri dan bengkak di belakang kepala. Orang awam meleraikan pergaduhan dan suspek terus beredar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak polis dalam tindakan mengesan suspek yang masih bebas.

Lelaki didakwa potong giliran isi minyak cedera dipukul

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker