Kopi paling mahal di dunia dijual hampir RM3,000 secawan

Kopi paling mahal di dunia dijual hampir RM3,000 secawan

Kopi paling mahal di dunia dijual hampir RM3,000 secawan
GAMBAR menunjukkan kopi Geisha. – Foto Guinness World Records

DUBAI – Secawan kopi yang dijual pada harga AS$680 (RM2,873) di kedai minuman Roasters Specialty Coffee House di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu telah diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai yang termahal di dunia, lapor portal berita VnExpress semalam.

“Ia merupakan kopi V60 dan dibancuh secara manual menggunakan salah satu biji kopi paling jarang dan eksklusif di dunia iaitu Geisha yang terkenal dengan profil rasa luar biasa,” menurut laman web kedai kopi tersebut.

Biji kopi Geisha itu berasal dari ladang Hacienda La Esmeralda di Panama.

Varieti tersebut sebenarnya berasal dari Ethiopia.

Namun, pokok kopi itu kini ditanam di tanah gunung berapi Lembah Boquete pada ketinggian antara 1,200 hingga 1,800 meter dari paras laut.

Biji kopi tersebut terkenal dengan rasa uniknya.

Kopi itu dihidangkan bersama tiramisu, ais krim coklat dan sepotong coklat istimewa yang semuanya diperbuat menggunakan biji kopi Geisha.

“Anugerah itu adalah meraikan pasukan kami dan mencerminkan reputasi Dubai yang semakin berkembang sebagai destinasi untuk pengalaman kopi yang luar biasa,” kata Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Roasters, Konstantin Harbuz. – AGENSI

 

Kopi paling mahal di dunia dijual hampir RM3,000 secawan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker