Kes 2 beranak dibunuh: ‘Saya akan ‘fight’ sampai habis…’

Anak sulung tekad tegak keadilan untuk ibu, adik

Kes 2 beranak dibunuh: ‘Saya akan ‘fight’ sampai habis…’

Anak mangsa, Mohd Noor Hafifi Hassan bercakap dengan media selepas selesai pengebumian ibu dan adiknya di Tanah Perkuburan Al Maarif Jeneri. – Foto NSTP/Wan Nabil Nasir

SIK: Anak kepada mangsa bunuh merayu agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian yang menimpa keluarganya.

Mohd Noor Hafifi Hassan, 28, anak kepada Sariya Che Hin, 51, dan abang kepada Nur Afrina Alisha Abdul Rahim, 11, berkata keluarga mereka masih terkejut dan bersedih dengan tragedi yang berlaku di rumah sewa ibunya di Kampung Sekolah Juru, Seberang Perai, malam kelmarin.

Kes 2 beranak dibunuh: 'Saya akan 'fight' sampai habis...'
Allahyarham Sariya Che Hin bersama Nur Afrina Alisha Abdul Rahim. – NSTP/Nur Izzati Mohamad

Katanya, keluarga kini masih dalam keadaan terkejut dan trauma, justeru dia berharap orang ramai tidak menambah kesedihan mereka dengan menyebarkan andaian atau maklumat tidak sahih di media sosial.

“Saya harap netizen jangan buat spekulasi atau tuduhan melulu. Kami masih bersedih dan perlukan ruang untuk tenangkan diri.

“Biar polis jalankan siasatan, kalau sesiapa ada bukti, boleh lapor ke balai polis tanpa sebar di media sosial,” katanya ditemui selepas pengebumian ibu dan adiknya di Tanah Perkuburan Islam Masjid al-Maarif, Jeneri, malam tadi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Mengulas kenangan terakhir bersama ibunya, Hafifi berkata dia masih teringat pesanan arwah supaya sentiasa berbuat baik dan tidak membalas kejahatan dengan keburukan.

“Ibu selalu pesan saya jadi anak yang baik, jangan buat jahat pada orang walau orang buat kita macam-macam.

“Pesan itu akan saya pegang sampai bila-bila,” katanya sebak.

Menurutnya, kali terakhir dia berhubung dengan ibunya adalah melalui aplikasi WhatsApp, hanya beberapa hari sebelum kejadian.

Dia yang bekerja sebagai jurutera di Perak sepatutnya pulang ke kampung pada hari sama tragedi berlaku.

“Saya memang nak balik semalam atau hari ini. Tapi bila saya dapat panggilan malam itu, saya tak percaya. Bila sampai tengok sendiri, polis dah ramai,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Kes 2 beranak dibunuh: 'Saya akan 'fight' sampai habis...'
Jenazah dua beranak selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Al-Maarif Jeneri. – Foto NSTP/Wan Nabil Nasir

Hafifi berkata, dia mahu keadilan ditegakkan buat ibu dan adiknya serta tidak akan berdiam diri sekiranya ada pihak cuba menutup kebenaran.

“Kalau ada tangan-tangan yang cuba ‘drop’ kes ini, saya takkan biar ia berlaku.

“Saya akan ‘fight’ sampai habis. Ini saja yang saya mampu buat untuk balas jasa ibu dan adik saya,” katanya.

Hafifi turut berharap masyarakat mengambil iktibar daripada tragedi ini dan mengutamakan kasih sayang dalam keluarga.

“Hubungan kekeluargaan itu sangat penting. Hargailah orang yang kita sayang selagi mereka masih ada.

“Saya juga berterima kasih kepada semua yang bantu urusan jenazah ibu dan adik saya dari awal hingga selesai kebumi, Alhamdulillah semuanya selesai dengan baik,” katanya.

Jenazah beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang kira-kira jam 8.30 malam tadi di tanah perkuburan berkenaan.

Kes 2 beranak dibunuh: ‘Saya akan ‘fight’ sampai habis…’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker