Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi!

“Bukan Budaya Saya Nak Unfollow”

Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi!

Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi!

Fasha Sandha Unfollow Fazura? Netizen Terus Speku!

Baru-baru ini, nama pelakon terkenal Fasha Sandha jadi perbualan hangat di media sosial selepas ada netizen mendakwa dia tidak lagi mengikuti akaun Instagram sahabat baiknya, Nur Fazura.

Perkara itu mula timbul selepas seorang pengguna Threads bernama Cikfattttttt mendakwa Fasha telah pun follow semula Fazura.

Ramai netizen mula tertanya-tanya — kenapa Fasha unfollow Fazura? Apa yang berlaku sebenarnya?

Rata-rata komen netizen di Threads menunjukkan kekeliruan dan rasa ingin tahu yang tinggi, malah ada yang berseloroh bagaimana mereka boleh tahu pergerakan “follow-unfollow” tersebut.

Ada juga yang bersangka baik, mungkin Fasha tak sengaja, atau anak yang tertekan telefon.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Tapi ada juga yang kaitkan insiden ini dengan kehadiran Fasha ke majlis resepsi Fattah Amin dan Amira Othman baru-baru ini — sekaligus mencetuskan lagi spekulasi.

Fasha Tampil Jelaskan Situasi Sebenar

Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi!
via Instagram Fasha Sandha

Enggan keadaan terus menjadi teka-teki, Fasha akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar. Menerusi siaran langsung di Instagram bersama rakannya, Siti Saerah.

Fasha menjelaskan bahawa dia sebenarnya baru tahu tentang fungsi ‘remove follower’ di Instagram.

Katanya, jika seseorang dibuang dari senarai pengikut, ia akan kelihatan seolah-olah tidak lagi saling mengikuti walaupun dia sendiri masih follow individu itu.

Dalam siaran langsung tersebut, Fasha turut membuat demonstrasi bagaimana seseorang boleh dibuang dari senarai pengikut tanpa perlu block atau unfollow secara langsung.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Menurutnya, dia berkongsi perkara ini selepas mengalami situasi sama — di mana dirinya dibuang secara senyap oleh seseorang yang tidak dinamakan.

Akibatnya, orang menyangka dia pula yang unfollow, sedangkan bukan begitu kejadiannya.

Netizen, Tolong Jangan Lebih-Lebih

Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi!
via Instagram Fasha Sandha

Fasha juga menjelaskan bahawa dia bukan jenis orang yang suka unfollow rakan-rakan tanpa sebab.

[VIDEO] Fazura Hadiri Majlis Perkahwinan Luna Maya, Lain Pula Yang Netizen Nampak?

Malah katanya, dia masih lagi mengikuti bekas suaminya di media sosial.

Jadi, isu sekecil ini tidak sepatutnya dijadikan bahan spekulasi atau perbalahan dalam kalangan netizen.

Dia juga mengingatkan orang ramai agar tidak terlalu cepat membuat andaian tanpa mengetahui situasi sebenar.

Kesimpulannya, benda kecil macam “unfollow-follow” ni sebenarnya boleh berlaku tanpa sengaja atau berpunca daripada tetapan yang kita tak sedar.

Jadi, netizen pun kena chill, jangan cepat ‘bakar line’. Yang penting, hubungan antara Fasha dan Fazura nampak masih okay — tak perlu drama lebih-lebih!

Kecoh Isu Unfollow Fazura! Fasha Sandha Akhirnya Bersuara, Siap Buat Tutorial Lagi!


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker