Haaland, Kane, Mbappe buru pemain terbaik Eropah
Haaland, Kane, Mbappe buru pemain terbaik Eropah

Manchester: Erling Haaland, Harry Kane dan Kylian Mbappe masing-masing mempamerkan sentuhan luar biasa apabila mencatat purata jaringan melebihi satu gol setiap perlawanan dalam permulaan musim yang cukup garang di Eropah.
Menjelang aksi Liga Juara-Juara (UCL) minggu ini, tiga penyerang sensasi itu kini bersaing rapat untuk merebut gelaran penjaring terbanyak kejohanan berprestij berkenaan, sekali gus mendahului saingan awal untuk kempen Piala Dunia serta anugerah Ballon d’Or tahun depan.
Haaland mendahului carta dengan 23 gol dalam 13 perlawanan, membantu Manchester City kembali bersaing dalam Liga Perdana Inggeris selain membawa Norway hampir layak ke Piala Dunia pertama sejak 1998.
Penyerang berusia 25 tahun itu hanya gagal menjaringkan gol sekali sepanjang musim ini dan kini meledak dalam 11 perlawanan berturut-turut. Dua jaringannya ke atas Everton, Sabtu lalu, melonjakkan jumlah gol Liga Perdana musim ini kepada 11.
“Jika anda mahu membina penyerang tengah yang sempurna dari awal, lihat sahaja Haaland.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Dia mempunyai segala-galanya ketajaman di depan gol, kepantasan, kekuatan fizikal, bagus di udara dan tidak mudah terganggu walau diasak lawan. Dia hampir sempurna,” kata penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris, Alan Shearer.
Sementara itu, Kane meledak gol ke-22 musim ini bagi membantu Bayern Munich melakar kemenangan dalam pertembungan klasik menentang Borussia Dortmund, Sabtu lalu.
Kapten England itu turut menjaringkan tiga gol dalam tiga penampilan bersama skuad kebangsaan yang muncul pasukan Eropah pertama layak ke Piala Dunia menerusi rekod kelayakan sempurna dalam enam perlawanan.
Sejak berhijrah ke Bayern pada 2023, Kane mengumpul angka menakjubkan biarpun hanya berjaya meraih trofi sulungnya pada musim kedua.
Penyerang berusia 32 tahun itu kini mencatat 104 gol dalam 107 perlawanan bersama gergasi Jerman, termasuk 19 gol dalam 11 aksi di peringkat kelab musim ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
Bagi Mbappe pula, permulaan mengecewakan selepas perpindahannya dari Paris Saint-Germain kini menjadi kenangan lalu di Madrid.
Bintang Perancis itu meledak 44 gol dalam 59 perlawanan musim lalu dan pantas menyesuaikan diri beraksi sebagai penyerang utama dalam sistem Carlo Ancelotti.
Di bawah bimbingan Xabi Alonso musim ini, pemain berusia 26 tahun itu terus menjadi tonggak utama Real Madrid dengan kepantasan, kawalan bola licin dan penyudah tajam dari jarak jauh.
Mbappe kini merekodkan 15 gol dalam 11 perlawanan merangkumi aksi La Liga dan UCL.
Haaland, Kane, Mbappe buru pemain terbaik Eropah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.