Welbeck penyelamat Brighton, benam Newcastle 2-1
Welbeck penyelamat Brighton, benam Newcastle 2-1

Brighton: Penyerang berpengalaman, Danny Welbeck muncul wira apabila menjaringkan dua gol penting untuk membantu Brighton & Hove Albion menundukkan Newcastle United 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Amex, malam tadi.
Welbeck meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-41 selepas menyudahkan hantaran cantik Georginio Rutter dengan penyudah tenang menewaskan penjaga gol Nick Pope.
Namun Newcastle bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi penyerang, Nick Woltemade, yang menanduk masuk jaringan sulung pasukannya di tempat lawan musim ini.
Ketika perlawanan tampak menuju keputusan seri, Welbeck sekali lagi menjadi penyelamat apabila memanfaatkan bola muntah dalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan deras menewaskan Pope pada minit ke-84 untuk mengesahkan tiga mata berharga buat Brighton.
Skuad kendalian Roberto De Zerbi itu kemudian berjaya menahan asakan bertali arus pelawat apabila percubaan lewat Dan Burn, Woltemade dan Harvey Barnes gagal menemui sasaran.
Welbeck penyelamat Brighton, benam Newcastle 2-1
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.