The Cats pulang selesa selepas ‘gigit’ Sang Penyu

The Cats pulang selesa selepas ‘gigit’ Sang Penyu

The Cats pulang selesa selepas 'gigit' Sang Penyu
PEMAIN Kuching City FC meraikan jaringan gol di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Kuching City FC membawa pulang bekalan selesa selepas menumpaskan Terengganu FC (TFC) 4-1 pada suku akhir pertama saingan Piala FA sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, penyerang The Cats, Ronald Ngah hanya mengambil masa lapan minit untuk ‘mengunci mulut’ hampir 10,000 peminat setia skuad Penyu apabila berjaya meletakkan pasukannya di depan 1-0 menerusi rembatan kencang dari luar kotak penalti selepas Petrus Shitembi bijak menguis bola ke belakang kepada pemain itu.

Empat minit berselang, penyerang kelahiran Cameroon itu sekali lagi menjadi senjata pemusnah apabila berjaya menjaringkan gol kedua menerusi sepakan penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol, Suhaimi Husin untuk pasukannya mendahului 2-0.

Sepakan penalti itu diberikan pengadil, Mohd Hasrol Mohd Amir selepas bola hantaran lintang Jimmy Raymond terkena tangan pemain pertahanan, Diego Landis.

Bagaimanapun tiga percubaan terbaik menerusi Yann Mabella pada minit ke-18, Nurillo Tukhtasinov minit ke-24 dan Careca minit ke-35 gagal menerjah jaring.

Bersambung babak kedua, beraksi dalam cuaca hujan, Badrul Afzan memasukkan dua tenaga baharu, Ubaidullah Shamsul Fazili dan Kyaw Min Oo bagi menggantikan Tukhtasinov dan Baqiuddin Shamsudin, namun masih buntu mencari gol.

Sebaliknya The Cats terus ‘mencakar’ skuad Penyu apabila Danial Asri yang menerima umpanan daripada Shitembi bijak memperdaya penjaga gol untuk meletakkan pasukannya selesa 3-0 pada minit ke-52.

Usaha berterusan tuan rumah akhirnya menjelma pada minit ke-67 menerusi sepakan penalti Mabella selepas bola terkena tangan Jimmy untuk merapatkan kedudukan 1-3.

Ketika TFC kerap mengasak kubu pelawat untuk menambah jaringan, menerusi sepakan sudut Shitembi, pelawat berjaya memperoleh gol keempat selepas Mabella tertanduk bola ke dalam gawang sendiri pada minit 82 dan kedudukan muktamad 4-1 kekal memihak kepada Kuching City.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Kedua-dua pasukan bakal bertembung sekali lagi pada aksi timbal balik di Stadium Negeri pada 28 Oktober ini untuk mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir.

The Cats pulang selesa selepas ‘gigit’ Sang Penyu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker