Suami orang dicekup selingkuh dengan janda di hotel, ‘ubat kuat’ turut dirampas
Suami orang dicekup selingkuh dengan janda di hotel, ‘ubat kuat’ turut dirampas

BATU PAHAT: Suami orang hanya sempat bermadu kasih beberapa jam sebelum dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) kerana disyaki berkhalwat dengan janda.
Tangkapan lelaki 40-an ketika berdua-duaan dengan pasangan berusia 30-an selepas penguat kuasa JAINJ menyerbu sebuah hotel pada jam 12 tengah malam.
Menurut JAINJ, sebaik tiba di bilik hotel disewa lelaki itu, penguat kuasa mengetuk pintu selama lapan minit sebelum dibuka pasangan dengan berpakaian lengkap.
“Turut ditemukan plastik ubat kuat yang sudah digunakan dalam tong sampah di bilik hotel terbabit.
“Hasil semakan di kaunter, pasangan ini baru mendaftar masuk lebih sejam. dengan tempahan bilik dilakukan secara dalam talian dengan bayaran sewa lebih RM200 semalaman,” katanya dalam kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Katanya lagi, penguat kuasa JAINJ kemudian merekodkan keterangan untuk membantu siasatan.
“Pasangan ini akan didakwa mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dengan denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.
Suami orang dicekup selingkuh dengan janda di hotel, ‘ubat kuat’ turut dirampas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.