Selangor benam Negeri Sembilan di Paroi

Selangor benam Negeri Sembilan di Paroi

Selangor benam Negeri Sembilan di Paroi
FAISAL meledak dua gol buat Selangor. FOTO Ihsan Liga Bolasepak Malaysia

Seremban: Hasrat Selangor FC (SFC) untuk membalas dendam terhadap kekalahan kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super sebelum ini berhasil apabila menang selesa ke atas pasukan itu, 4-0, dalam aksi suku akhir pertama Piala FA, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Dalam aksi Liga Super di gelanggang sama sebelum ini, Selangor tewas kepada Negeri Sembilan, 1-2.

Kemenangan skuad The Red Giants itu sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah Negeri Sembilan dalam saingan musim ini.

Kedua-dua pasukan dilihat memulakan perlawanan dengan persembahan agresif dengan saling melakukan serangan ke kawasan kubu masing-masing untuk mendapatkan gol awal namun dalam tempoh sebahagian besar masa pertama tiada gol dapat disaksikan.

Pada minit ke-24, Faisal Halim hampir berjaya menjaringkan gol buat Selangor apabila dia berjaya melepasi kawalan dua pemain tuan rumah namun percubaannya dari dalam kotak penalti sedikit tersasar di sebelah kiri pintu gol Negeri Sembilan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Percubaan Chrigor Moraes dari luar kotak penalti pada minit ke-32 pula dapat diselamatkan penjaga gol Negeri Sembilan Muhammad Azri Ghani.

Bagaimanapun usaha Selangor untuk mendapatkan gol akhirnya berjaya diterjemahkan apabila Faisal yang menerima lorongan bola dari bahagian tengah bijak memanfaatkan peluang itu dengan mengatasi kawalan pertahanan Negeri Sembilan dan meledak gol pertama Selangor pada minit ke-33.

Negeri Sembilan yang tersentak dengan jaringan itu cuba untuk menyamakan kedudukan namun dua percubaan dari Joseph Esso dan Jovan Motika tidak menepati sasaran sehingga berakhir separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Selangor tidak menunggu lama untuk mengukuhkan kedudukan apabila mendapat gol kedua yang dijaringkan Moraes pada minit ke-47.

Ketika Negeri Sembilan cuba untuk bangkit melalui beberapa percubaan ke arah gawang pelawat terutama menerusi Motika dan Luqman Hakim Shamsudin, skuad The Red Giants sebaliknya memanfaatkan kelemahan bahagian pertahanan Negeri Sembilan dengan menambah derita tuan rumah menerusi gol ketiga jaringan Zach Clough pada minit ke-55.

Faisal kemudian menambah derita skuad Hobin Jang Hobin menerusi gol keempat Selangor pada minit ke-62.

Usaha anak buah Nidzam Jamil untuk mendapatkan jaringan bagi sekurang-kurangnya merapatkan jurang terutama pada penghujung saingan gagal.

Keputusan itu ternyata mengecewakan 25,550 penyokong setia pasukan itu yang membanjiri stadium malam ini.

 

Selangor benam Negeri Sembilan di Paroi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker