Pelajar UM jatuh asrama: Mangsa maut akibat kecederaan serius di kepala, tiada unsur jenayah – Polis
Pelajar UM jatuh asrama: Mangsa maut akibat kecederaan serius di kepala, tiada unsur jenayah – Polis

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan punca kematian seorang pelajar Universiti Malaya (UM), yang terjatuh dari bangunan Blok Zainab, Kolej Kediaman 13, semalam adalah akibat kecederaan serius di kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata bedah siasat juga mendapati tiada kesan jerutan atau sebarang unsur jenayah lain.
“Bedah siasat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bermula jam 10 malam semalam dan selesai kira-kira jam 3 pagi tadi.
“Bedah siasat mendapati mangsa, Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, 22, mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dada. Tiada kesan jerutan atau unsur jenayah lain dikesan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut Shamsudin, mayat mangsa akan dituntut oleh ahli keluarga pada jam 10 pagi ini bagi urusan pengebumian.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Sebelum ini media melaporkan, Ahmad Arif Zawir ditemui terbaring atas lantai bawah blok kediamannya sekitar jam 3.15 petang semalam.
Mangsa, yang juga pelajar Sains Gunaan Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam UM, kemudian dikejarkan ke PPUM untuk rawatan.
Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pihak Pengurusan UM, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di PPUM.
Pelajar UM jatuh asrama: Mangsa maut akibat kecederaan serius di kepala, tiada unsur jenayah – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.