Panik ditahan JPJ kerana lebih muatan, pemandu buang batu di tepi jalan

Panik ditahan JPJ kerana lebih muatan, pemandu buang batu di tepi jalan

Panik ditahan JPJ kerana lebih muatan, pemandu buang batu di tepi jalan
Sebuah lori yang membawa muatan batu bertindak berani apabila secara tiba-tiba berhenti di tepi jalan di Jalan Labu, Nilai, sebelum membuang muatannya. – Foto JPJ

SEREMBAN: Panik dikenakan tindakan sita, sebuah lori membawa muatan batu berlebihan berhenti di Jalan Labu, Nilai di sini, sebelum membuang semua muatannya.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi kelmarin, lori berkenaan sedang diiring ke Stesen Timbang Pedas, Rembau, selepas disyaki membawa muatan berlebihan.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, berkata siasatan awal mendapati pemandu diarahkan majikannya supaya berbuat demikian bagi mengelak daripada ditimbang.

“Pasukan penguatkuasaan kami menahan sebuah lori yang membawa muatan batu di Jalan Labu dan mendapati pemandunya berusia 39 tahun tiada lesen GDL (Goods Driving License) yang sah.

“Kami mengarahkan lori berkenaan untuk ditimbang dan diiring ke stesen penguat kuasa. Ketika dalam perjalanan, secara tiba-tiba lori berhenti di tepi jalan dan membuang muatannya,” katanya pada sidang media Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Sambutan Perayaan Deepavali 2025 Peringkat Negeri Sembilan, di sini, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Hanif Yusabra Yusuf berkata, pemandu lori itu diserahkan kepada polis untuk siasatan seterusnya selain turut disiasat mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

“Tindakan pemandu berkenaan boleh membahayakan pengguna jalan raya selain berisiko merosakkan fasiliti seperti jalan atau jambatan. Ia juga membahayakan anggota kami yang bertugas,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Hanif Yusabra berkata, pihaknya giat melaksanakan Ops Perang Lebih Muatan sejajar dengan arahan dan komitmen Kementerian Pengangkutan dalam memastikan pematuhan undang-undang berat muatan kenderaan perdagangan.

“Isu lebih muatan bukan sekadar kesalahan teknikal, tetapi ancaman kepada keselamatan pengguna jalan raya dan turut menyumbang kepada kerosakan infrastruktur awam,” katanya.

Panik ditahan JPJ kerana lebih muatan, pemandu buang batu di tepi jalan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker