Netizen Sibuk Kenenkan Dengan Hafiz Suip!

Ini Respon Adira

Netizen Sibuk Kenenkan Dengan Hafiz Suip!

Netizen Sibuk Kenenkan Dengan Hafiz Suip!

Penyanyi bersuara lunak, Adira Suhaimi, memilih untuk kekal positif meskipun netizen sibuk ‘kenenkan’ dia kembali dengan rakan duet popularnya, Hafiz Suip.

‘Kenen’ Dengan Hafiz?

Netizen Sibuk Kenenkan Dengan Hafiz Suip!
via Instagram Hafiz Suip

Bagi Adira, gosip seperti itu dah jadi makanan harian sejak bergelar artis. Malah, ibu kepada empat cahaya mata ini langsung tak ambil hati dan lebih memilih untuk fokus pada perkara yang lebih penting.

Saya dah biasa sangat dengan gurauan netizen.

Kalau mereka suka, saya okey saja.

Jelasnya lagi, hubungan profesional dengan Hafiz kekal utuh dan mereka selesa bekerjasama atas dasar hormat dan sejarah muzik bersama.

Bersatu Kembali Di Pentas – Di Sebalik Aku Hafiz Suip

Netizen Sibuk Kenenkan Dengan Hafiz Suip!
via Instagram Hafiz Suip

Adira bakal tampil sebagai salah seorang artis jemputan dalam konsert solo Hafiz Suip bertajuk Di Sebalik Aku, yang akan berlangsung pada 1 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Mereka sebelum ini pernah mencipta fenomena menerusi lagu duet seperti Ombak RinduTakdir TerciptaLelakimu Yang Dulu dan Untuk Cinta menjadikan penampilan semula di pentas ini sebagai sesuatu yang cukup dinantikan.

Menurut Adira, persiapan kini sudah siap 50 peratus dan mereka sedang memilih lagu-lagu terbaik untuk dinyanyikan bersama.

Dah lama tak menyanyi dengan Hafiz, jadi saya teruja dan gembira dapat jadi sebahagian daripada momen comeback dia.

Sokongan Ikhlas Buat Sahabat Lama

Netizen Sibuk Kenenkan Dengan Hafiz Suip!
via Instagram Adira Suhaimi

Bila ditanya kenapa bersetuju tanpa ragu-ragu, Adira menjawab dengan jujur semuanya kerana mahu menyokong kembalinya Hafiz ke pentas utama.

Jelas terpancar rasa hormat terhadap bakat dan perjalanan seni Hafiz.

Tambahnya, bila pihak pengurusan Hafiz menghubungi, dia terus setuju tanpa fikir panjang.

Adira melihat peluang ini sebagai satu penghormatan dan peluang untuk kembali menghiburkan peminat bersama rakan seperjuangannya itu.

Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip Tetap Akan Berlangsung, Harga Tiket Diturunkan Demi Peminat!

Dengan beberapa artis jemputan lain turut terlibat, konsert Di Sebalik Aku dijangka jadi malam penuh nostalgia dan emosi, khususnya buat peminat setia Hafiz dan Adira.

Netizen Sibuk Kenenkan Dengan Hafiz Suip!

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker