Keadaan Terkini Amad Buat Peminat Bersyukur

Keadaan Terkini Amad Buat Peminat Bersyukur

Keadaan Terkini Amad Buat Peminat Bersyukur

Penyanyi , Siti Sairah Tarudin berkongsi keadaaan terkini anak lelakinya, Ahmad Dayyan yang sebelum ini tular di media sosial selepas rebah sebelum membuat persembahan di pentas akhir program realiti Talk To My Manager (TTMM) pada malam Ahad.

Siti Sairah menerusi hantaran di Instagram, dilihat memuatnaik beberapa foto yang memaparkan dia sekeluarga termasuklah Ahmad Dayyan bersama penerbit program realiti tersebut sedang makan malam di sebuah restoran.

Malah, Siti Sairah turut menyatakan bahawa mereka bakal merindui setiap kenangan yang diharungi setelah tujuh minggu bersama di Talk To My Manager.

“Terima kasih boss dan kami akan merindui 😔♥️. #kenangan terindah.”-kapsyen Siti Sairah di Instagram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


“Moga Amad Sihat Selalu..”

Keadaan Terkini Amad Buat Peminat Bersyukur

Perkongsian Siti Sairah dibanjiri komen netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa syukur melihat keadaan Amad yang semakin sihat dan boleh tersenyum gembira, selain ramai yang mendoakan agar anak lelaki Siti Sairah ini terus diberikan kesihatan yang baik.

“Alhamdulillah lega tengok Amad dah sihat ceria. Semoga terus diberi kesihatan dan sukses dunia akhirat.”

“Moga Amad sihat selalu.”

“Rasa ralat tak dapat tengok Amad perform dengan baik malam tu, tapi takpe InsyaAllah ada rezeki kat tempat lain ni permulaan baru untuk Amad terus melangkah, ada bakat yang sangat besar. Moga terus berjaya dunia akhirat.”

“Syukur Alhamdulillah Amad dalam keadaan baik dan sihat. InsyaAllah Amad ada masa depan yang besar dan cerah. Moga Amad dan keluarga sentiasa dilindungi Allah. Dijauhkan dari orang-orang yang berhasad dengki.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?


Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan seorang pakar perubatan Islam yang cuba merawat Ahmad Dayyan yang rebah sebelum membuat persembahan di pentas akhir Talk To My Manager.

Dalam pada itu, ustaz tersebut turut meminta mana-mana pihak untuk memulihkan dewan yang digunakan untuk program realiti itu agar kejadian sama tidak lagi berulang.

Keadaan Terkini Amad Buat Peminat Bersyukur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker