Jenazah pendaki dibawa turun dari puncak Gunung Liang petang tadi
Jenazah pendaki dibawa turun dari puncak Gunung Liang petang tadi

SUBANG: Jenazah seorang pendaki yang ditemui mati di Gunung Liang, Tanjung Malim, selamat dibawa turun dari puncak menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), petang ini.
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Udara, JBPM, Roslan Aziz, berkata jenazah Mustaqqeem Mansoor, 34, diambil di puncak gunung berkenaan mengunakan teknik ‘winching’ pada ketinggian 1,859 meter, kira-kira jam 2.45 petang.
“Selepas jam 2.45 petang keadaan cuaca baik dan selamat untuk helikopter melakukan penerbangan ke puncak Gunung Liang dan operasi dilancarkan segera.
“Enam anggota Bahagian Udara, JBPM, dari Pangkalan Udara Wilayah Tengah, Subang, terbabit dalam operasi mengambil mayat terbabit.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
“Jenazah pendaki terbabit dibawa ke Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Malim dan dihantar Hospital Slim River untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Mustaqqeem dilaporkan bersama 10 rakan memulakan pendakian ke Gunung Liang dari Bentong, Pahang, 10 Oktober lalu.
Bagaimanapun pendaki berkenaan dilaporkan tidak pulang selepas tamat aktiviti mendaki itu. Berikutan itu, isteri beliau melaporkan kehilangannya kepada polis.
Susulan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disertai JBPM, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilancarkan pagi semalam.
Mayat Mustaqqeem ditemui kira-kira jam jam 3.30 petang di puncak gunung berkenaan.
Jenazah pendaki dibawa turun dari puncak Gunung Liang petang tadi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
You must be logged in to post a comment.