Haaland ledak dua gol, City lonjak ke puncak liga

Haaland ledak dua gol, City lonjak ke puncak liga

Haaland ledak dua gol, City lonjak ke puncak liga
HAALAND (kiri) bantu kemenangan City. FOTO Reuters

Manchester: Erling Haaland terus mengekalkan rentak pemusnahnya apabila meledak dua gol dalam tempoh lima minit babak kedua untuk membantu Manchester City mencatat kemenangan 2-0 ke atas Everton dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.

Kemenangan di Etihad itu menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola naik ke tangga teratas liga dengan 16 mata selepas lapan perlawanan, sementara Arsenal dan Liverpool berada di tangga kedua serta ketiga.

Penyerang Norway berusia 25 tahun itu, yang kini menjaringkan gol dalam 11 perlawanan berturut-turut bersama kelab dan negaranya dengan jumlah 23 gol musim ini, membuka tirai jaringan pada minit ke-58 apabila menanduk masuk hantaran lintang Nico O’Reilly dari sebelah kiri.

Lima minit kemudian, Haaland sekali lagi menjadi pemusnah apabila menyambar hantaran silang Savinho sebelum melepaskan rembatan kencang kaki kiri dari tengah kotak penalti yang terkena sedikit pemain lawan, James Tarkowski, lalu menewaskan penjaga gol Everton, Jordan Pickford.

Haaland ledak dua gol, City lonjak ke puncak liga

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker