‘Gorila paling sunyi’ ditemui di Britain
‘Gorila paling sunyi’ ditemui di Britain

LONDON – Seorang penceroboh telah menemui lapan gorila di sebalik kaca di dalam sebuah kandang di Zoo Bristol, Britain yang ditutup kepada orang awam sejak September 2022, lapor portal berita The Sun kelmarin.
Rakaman menyayat hati menunjukkan salah seekor gorila itu mengetuk tingkap kaca, seolah-olah terdesak mahu menarik perhatian pengunjung.
Penceroboh yang merakam video itu mendakwa rakaman dibuat selepas beberapa jam dia berada di zoo itu.
“Saya, seperti ramai yang lain, tidak faham apa yang sebenarnya berlaku. Zoo Bristol tidak begitu telus,” katanya.
Pihak zoo itu bagaimanapun berkata, gorila-gorila tersebut akan dipindahkan ke kawasan baharu dalam tempoh beberapa bulan lagi.
“Dalam masa yang sama, penjaga berpengalaman dan pasukan kebajikan kami terus menjaga haiwan itu,” kata pihak pengurusan zoo tersebut. – AGENSI
‘Gorila paling sunyi’ ditemui di Britain
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
- Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.