Dua maut, lima nyaris lemas di Pantai Penunjuk Kijal

Dua maut, lima nyaris lemas di Pantai Penunjuk Kijal

Dua maut, lima nyaris lemas di Pantai Penunjuk Kijal
Anggota bomba membantu salah seorang mangsa yang lemas sebelum dibawa ke hospital. – Foto ihsan bomba

KEMAMAN: Kegembiraan tujuh sekeluarga berkelah di Pantai Penunjuk Kijal di sini, bertukar tragedi apabila seorang wanita dan anak saudaranya maut dalam kejadian petang tadi.

Mangsa berusia 39 tahun berasal dari Jitra, Kedah disahkan meninggal dunia jam 5.42 petang ketika menerima rawatan di Hospital Kemaman.

Sementara anak saudaranya, kanak-kanak berusia 12 tahun dari Ampang, Selangor disahkan meninggal jam 5.23 petang di Klinik Kesihatan Kijal.

Ketua Polis daerah Kemaman, Superintendan Mohd Razi Rosli ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kedua-dua mangsa dikatakan bersama lima lagi ahli keluarga mandi di pantai berkenaan.

“Ketika sedang mandi, semua mangsa dipercayai ditarik ombak ke tempat yang dalam menyebabkan semua mereka hampir lemas.

“Semua mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh ahli keluarga dan orang ramai yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata, dua mangsa terbabit disahkan meninggal dunia selepas diberi rawatan kecemasan di Klinik Kesihatan Kijal dan Hospital Kemaman.

Dua maut, lima nyaris lemas di Pantai Penunjuk Kijal


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker