Che Ta Anggap Budak Sekolah “Macam Monyet Dan Beruk”

Mahu Aaisyah Belajar Di Rumah Sahaja

Che Ta Anggap Budak Sekolah “Macam Monyet Dan Beruk”

Che Ta Anggap Budak Sekolah “Macam Monyet Dan Beruk”

Bimbang dengan peningkatan kes jenayah yang semakin membimbangkan di sekolah, pelakon terkenal Rozita Che Wan mengambil pendekatan tegas apabila mempertimbangkan untuk anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana, menjalani pembelajaran di rumah atau home schooling. Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, 52, mengakui dirinya kini semakin risau sebagai seorang ibu yang mempunyai anak perempuan berusia 11 tahun.

Che Ta Anggap Budak Sekolah “Macam Monyet Dan Beruk”

Menurut Che Ta, langkah tersebut diambil sebagai langkah keselamatan susulan pelbagai kejadian tidak diingini melibatkan pelajar sekolah yang semakin kerap berlaku. Malah, beliau turut merancang untuk mendapatkan khidmat guru wanita bagi mengajar Aaisyah di rumah supaya keselamatan dan keselesaan anaknya lebih terjamin.

“Aaisyah lepas ini tak payah pergi sekolah. Budak sekolah sekarang ini tak tahu makan apa, perangai pelik macam monyet, beruk, ungka, semua lah. Panggil sahaja cikgu datang rumah, cikgu pun cikgu perempuan. Sekarang jadi mak yang ada anak perempuan, takutlah Ya Allah. Macam-macam hal,” katanya dalam satu video yang dikongsikan di TikTok.

Meskipun tutur katanya kedengaran seperti berseloroh, namun luahan hati ibu kepada tiga cahaya mata itu jelas menggambarkan keresahan yang turut dirasai ramai ibu bapa lain. Difahamkan, kebimbangan Che Ta timbul selepas beberapa insiden mengejutkan berlaku termasuk kes rogol di dalam kelas serta kes pelajar perempuan yang maut ditikam rakan sekolah di Petaling Jaya baru-baru ini.

Che Ta Anggap Budak Sekolah “Macam Monyet Dan Beruk”

Dalam video yang sama, Che Ta dilihat menegur anak perempuannya yang hanya tersenyum mendengar bebelan ibunya, menunjukkan betapa seriusnya isu tersebut di matanya. “Aaisyah, jangan senyum-senyum. Hal ini serius,” tegasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri


Rata-rata warganet yang meninggalkan komen di hantaran berkenaan turut menyokong pandangan Che Ta, malah ada yang berkongsi rasa takut menghantar anak ke sekolah pada zaman ini. “Sungguh, kita besarkan anak-anak dengan elok, alih-alih kat sekolah nyawa melayang,” tulis seorang pengguna TikTok.

[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Menggemas Rumah-“Hantaran Tinggi ni”

Ada juga yang menyarankan Che Ta meneruskan idea home schooling dengan memastikan Aaisyah tetap mengikuti silibus yang diiktiraf selain memperkukuhkan ilmu agama. “Panggil sahaja tutor ke rumah, ikut silibus yang diiktiraf. Tapi jangan lupa panggil ustazah atau ustaz mengajar agama,” ujar seorang lagi pengguna.

Che Ta Anggap Budak Sekolah “Macam Monyet Dan Beruk”

Dalam suasana masyarakat kini dilanda pelbagai isu sosial melibatkan pelajar, luahan jujur Che Ta dianggap mencerminkan suara hati ramai ibu bapa yang semakin buntu mencari jaminan keselamatan untuk anak-anak mereka ketika menuntut ilmu di sekolah.

 

Che Ta Anggap Budak Sekolah “Macam Monyet Dan Beruk”

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker